Telatah Riz buat peminat tak kering gusi

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERTEMAKAN 'Majlis Syawal Kemaafan' yang diambil sempena lagu dendangannya, naib juara Akademi Fantasia 6, Mohd Idris Mohd Zaizi atau Riz menjayakan majlis sambutan Aidilfitri di Kelab Darul Ehsan baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Riz-Angels (fc) dihadiri seramai 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat, rakan media dan peminat setia Riz yang selama ini menyokong perjalanan karier beliau di dalam industri hiburan.

Peminat Riz dikenakan bayaran setiap RM50 seorang. Majlis tersebut juga ditaja oleh kenalan perseorangan yang bermurah hati untuk menganjurkan majlis makan malam tersebut.

Walaupun majlis tersebut terlewat sikit di sebabkan cuaca yang kurang baik namun segala dugaan dapat ditempuhi dengan kesabaran oleh peminat-peminat Riz.

Perasmian kelab peminat Riz-Angels

Lebih bermakna, majlis pada hari itu juga diadakan bersempena merasmikan kelab peminat Riz-angels. Sebagai simbolik perasmian kelab peminat dan laman web http://rizfc.forumotion.com/., upacara pemotongan kek dilakukan oleh Riz bersama-sama dengan ibu bapanya serta Presiden kelab, Muzlia.

Menurut Riz, kelab peminat tersebut telah dirasmikan sebelum ini di Ipoh, Perak.

"Kelab ini dirasmikan sekali lagi atas urusan pihak pengurusan tersendiri. Secara kebetulan majlis ini diadakan, kenapa tidak lancarkan sekali lagi di sini lagipun waktu dilancarkan dahulu, saya masih di dalam AF.

"Dengan tertubuhnya kelab peminat ini, pelbagai perancangan telah diaturkan. Jika mereka ingin mengadakan sesuatu aktiviti, mereka akan bertanyakan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya melihat kelab peminat ini sebagai sesuatu yang boleh menyokong saya. Saya perlu berpegang kuat dengan kelab ini kerana mereka yang banyak menaikkan nama saya dalam industri ini," beritahu Riz.

Menyentuh tentang keutamaan yang diberikan kepada peminatnya, kata Riz, dia cuba memenuhi kehendak mereka namun semua itu mempunyai batasannya.

"Jika boleh, saya akan lakukan dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, saya tidak dapat sesuatu itu kalau aktiviti yang mereka ingin anjurkan bertembung dengan jadual kerja saya.

"Tentang hubungan saya dengan peminat, biasa sahaja dan tiada benteng antara kami. Jika saya mempunyai masa terluang, saya tidak menolak untuk meluangkan masa bersama mereka. Saya akan tunaikan komitmen terhadap mereka mengikut kemampuan saya. Alhamdulillah, saya juga belum pernah mendengar cerita negatif tentang saya dan peminat," ujar Riz lagi.

Selepas itu, persembahan dimulakan oleh ahli-ahli komiti Riz-angels dengan menyampaikan sebuah lagu Kau Ilhamku yang ditujukan khas untuk Riz.

Sebelum persembahan tersebut berakhir, Riz menerima kuntuman ros putih daripada setiap ahli komiti dan ianya suatu yang unik dan tanda silaturahim.

Riz turut mendendangkan lagu-lagu seperti Gadis Melayu, Syawal Kemaafan secara solo. Manakala nyanyian bersama-sama ahli komiti dan peminat dengan lagu Selamat Hari Raya dan juga Kenangan Yang Terindah.

Turut diadakan beberapa permainan seperti teka lagu, persembahan tarian pasangan terbaik, treasure hunt, berkaraoke dengan Riz serta pakaian tercantik di malam tersebut.

Riz turut menunjukkan kemesraannya bersama peminat dan membuatkan semua hadirin 'tak kering gusi' melihat telatahnya mengusik peminat di pentas. Lawak jenakanya menggamatkan lagi suasana majlis pada malam itu.

Keramahan dan rasa rendah diri Riz membuat peminatnya sentiasa di hargai. Penampilan Riz pada malam itu juga merupakan satu kejutan buat peminatnya apabila dia mengenakan jubah Moden ala-ala 'Pak Arab'.

Kata Riz, dia sengaja memakai jubah tersebut memandangkan ia belum dipakai selepas dibeli di Mekah melalui rakannya.

Bertanyakan tentang perkembangan aktiviti seni Riz, dia sedang memfokuskan pembikinan album pertamanya.

"Alhamdulillah, setakat ini sudah empat buah lagu dirakamkan. Selepas ini, berkemungkinan saya akan merakamkan dalam empat atau lima buah lagu lagi. Insya-Allah, kalau tiada halangan saya nak release album ini secepat mungkin," akhiri Riz mengenai album yang diterbitkan olehnya bersama Maestro.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan