Adlin inspirasi Nurul Syuhada

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAMA kali digandingkan bersama pelakon, pengacara, dan pengarah, Adlin Aman Ramli, untuk mengacara Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008), personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin akui tanggungjawab yang diberikan oleh TV3 amat besar.

Bagaimanapun, pengacara Majalah Tiga ini akan mencuba sehabis baik dan tampil menjadi diri sendiri.

"Everything is more 'light humor," seloroh gadis yang mesra dengan panggilan Nurul ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai gandingan tersebut, Nurul berkata, Adlin banyak memberi motivasi dan idea kepadanya untuk membuat persembahan kelak sejak pertama kali mereka dipertemukan dalam sesi ujibakat lagi.

"Adlin kata, saya tak perlu tertekan dan dia memberi ruang dan peluang kepada saya. Dia bukanlah seorang yang over dan 'berpada-pada'," cerita Nurul ketika majlis pelancaran ASK 2008 di Hotel One World baru-baru ini.

Walaupun pengacara majlis dianggap sebagai penggerak utama untuk melancarkan perjalanan majlis, bagi Nurul, dia tidak menganggap tanggungjawab itu sebagai beban.

"Ini kerana majlis tersebut bukan 100 peratus bergantung kepada kami. Barisan artis yang membuat persembahan dan penyampai anugerah juga mampu menjayakan malam tersebut.

"Saya anggap diri ini sebagai duta kecil kepada ASK 2008. The branding is there. Kalau boleh saya tak nak jejaskan nama baik ASK 2008," beritahu gadis berusia 24 tahun ini lagi.

Bertanya tentang pemilihannya yang diketahui semasa bulan puasa dulu, Nurul pada mulanya tidak percaya dan tertekan dengan keputusan tersebut.

"Saya ingat mereka yang mempunyai latar belakang seorang artis sahaja layak untuk bergelar pengacara ASK, namun apabila pihak TV3 mengatakan mereka mahu muka baru, barulah saya terima," ujar Nurul yang menggalakkan penonton melihat kelainan dan kombinasi yang tidak terfikir selama ini dalam ASK 2008.

Anugerah Skrin 2008 bakal berlangsung pada 7 November ini, pukul 9 malam hingga 11.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibawakan secara langsung oleh TV3.

ASK 2008 memilih tema 'Berlian' dengan konsep warna biru dan perak.

Memandangkan majlis tersebut dilakukan secara langsung, kata Nurul, dia tidak mempunyai masalah untuk mengendalinya sebagaimana dia pernah muncul di program Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini yang turut membuat siaran secara langsung.

"Saya lebih suka program 'live' kerana program rakaman memberikan lebih banyak tekanan kepada saya. Kalau program 'live', sama ada ok atau tidak, ia akan dihabiskan dalam jangka masa yang ditetapkan," jelas Nurul.

Setia dengan TV3

Bakatnya mula digilap selepas menjuarai program realiti Malaysian Top Host pada 2005 dan selepas itu Nurul terus diserap masuk ke TV3.

Selepas diberikan peluang mengacara program Nona buat pertama kalinya, Nurul kini semakin mendapat tempat untuk mengemudi pelbagai program yang diatur di stesen televisyen nombor satu negara itu.

Kini, lebih lapan bulan bersama produksi Majalah Tiga, Nurul mengakui masih di dalam proses pembelajaran untuk menyelami kehendak dan cita rasa penonton setia Majalah Tiga.

Baru-baru ini, dia telah selesai menjalani rakaman program 13 episod Impian Anggun terbitan TV3 yang bakal disiarkan mulai Disember depan.

"TV3 banyak memberi kepercayaan kepada saya. Dengan sumbangan yang tidak seberapa, saya akan membuat sehabis baik dalam setiap tugas yang diberikan. Sebelum ini, ada juga stesen TV lain 'offer', tapi saya tolak sebab saya 'enjoy' dengan TV3.

"Namun, saya tidak mungkin akan lama dalam bidang pengacaraan ini kerana saya mahu mencuba bidang yang lain pula. Saya lebih suka membuat kerja di belakang tabir.

"Mungkin dalam masa tiga hingga empat tahun lagi, sementara peluang dan kepercayaan diberikan," tutur Nurul yang bercita-cita untuk menerbitkan program sendiri bercorak travelog, budaya seni dan masyarakat.

Jaga nama Dr. Faiz

Cerita tentang hubungannya dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed telah lama diperkatakan.

Sehingga kini, masing-masing enggan terlalu banyak bercerita tentang hubungan persahabatan mereka.

Kata Nurul, jika boleh dia mahu menjaga nama Faiz sebagaimana Faiz juga tidak terlalu menceritakan tentang kisah mereka.

"Kami betul-betul sedang berkawan dan masing-masing ada perancangan tersendiri. Kami sama-sama masih belum berpunya. Saya tak nak liputan yang terlalu berkait isu peribadi. Sikit-sikit tidak mengapa. Kami hanya manusia biasa yang inginkan kehidupan yang normal dan mengikut perangai tersendiri," jelas Nurul yang memulakan persahabatan mereka sejak awal tahun ini.

Nurul juga memberi tanggapan tentang cerita mereka berdua dari sudut positif dan negatif.

"Yang positifnya, saya perlu berterus terang kepada masyarakat, manakala yang negatif, ekspresi mereka terlalu tinggi," kata Nurul yang petah berbicara.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan