Sharad letak harapan tinggi terhadap TKTK

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEGAGALAN filem sulung arahannya, Diva, lakonan penyanyi popular Ning Baizura yang meraih sambutan kurang memberangsangkan tahun lalu tidak pernah melunturkan semangat Sharad Sharan untuk meneruskan karier pengarahan filem.

Menilai semula kelemahan yang telah dilakukan terhadap filem yang hanya mampu meraih kutipan sekitar RM300,000 itu, Sharad cuba memastikan dirinya tidak lagi meletakkan percaturan yang silap menerusi filem keduanya, Tipu Kanan Tipu Kiri (TKTK) yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara, termasuklah di Indonesia.

Menampilkan pelakon-pelakon tempatan dan Indonesia sebagai tunjangnya seperti Hans Isaac, Datin Natasha Hudson, Titi Kamal dan Christian Sugiono, ujar Sharah, TKTK masih lagi menyelitkan elemen Bollywood seperti mana filem Diva, tetapi pendekatan yang diambilnya sedikit berbeza.

"Saya akui ketika menghasilkan Diva dulu, mungkin saya tidak begitu memahami citarasa penonton. Lagipun, itu adalah kali pertama saya mengarah filem. Kritikan hebat terhadap Diva dulu membuatkan saya sedar yang penonton tempatan tidak begitu teruja dengan filem berkonsepkan muzikal.

"Untuk TKTK, saya banyak memasukkan elemen-elemen komersial yang menarik. Masih saya suntikkan elemen Bollywood, tetapi tidak banyak. Saya yakin TKTK mampu menarik perhatian ramai apatah lagi dengan barisan pelakon tempatan dan Indonesia yang cukup popular.

"Begitu juga dengan penggunaan khidmat krew produksi yang berpengalaman termasuklah pembabitan pengarah fotografi dari India yang pernah terlibat di dalam filem Kuch Kuch Hota Hai," ujar Sharad yang ditemui pada malam gala filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures itu, baru-baru ini.

TKTK mengisahkan tentang Rudy (Chris) yang berkahwin dengan Wulan (Titi), seorang penyanyi popular Indonesia dan dikenali di negara Asia lain. Namun perkahwinan mereka perlu dirahsiakan memandangkan syarat kontrak Wulan dengan syarikat rakamannya tidak membenarkannya berkahwin.

Rudy dan Wulan berpindah ke Malaysia supaya perkahwinan mereka tidak diketahui ramai. Namun, timbul kekecohan apabila bos di tempat kerja baru Rudy, Remo (Hans Isaac) mengarahkan Rudy membawa isterinya ke sebuah majlis anjuran syarikat itu.

Disebabkan terpaksa, Rudy meminta bantuan seorang penari dan penyanyi kelab bernama (Natasha) untuk berlakon sebagai isterinya tanpa pengetahuan Wulan. Lakonan tersebut menjerat dirinya sendiri apabila dalam diam, timbul perasaan cinta antara Rudy dan Sarah.

Mengulas lanjut tentang filem yang telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 16 Oktober lalu, kata Sharad, dia juga turut berbangga apabilan filem tersebut turut mendapat perhatian penonton-penonton di Indonesia.

"Di Indonesia, TKTK telah pun mula ditayangkan pada 11 September lalu dan apa yang cukup menggembirakan kami ialah apabila filem tempatan kita ini berjaya bertahan selama lima minggu di pawagam mereka sedangkan pada masa yang sama, ada sebanyak lima buah filem terbitan negara seberang sendiri turut ditayangkan.

"Faktor itu membuatkan saya yakin dengan produk saya kali ini. Saya positif filem ini juga mampu menembusi pasaran negara-negara asia tenggara yang lain. Kemungkinan pada tahun depan, kami akan bawa filem ini ke negara barat pula," kata Sharad.

Keseluruhan penggambaran filem yang menelan kos sebanyak RM2.8 juta ini dijalankan sepenuhnya di Malaysia.

Ditanya mengenai barisan pelakon yang membintangi filem ini, jelas Sharad, dia tidak menghadapi masalah besar bekerja dengan pelakon-pelakon yang mempunyai nama besar di negara masing-masing.

"Saya bertuah kerana dapat pelakon-pelakon yang berdedikasi. Memang pada awalnya saya agak khuatir juga memandangkan mereka bukan calang-calang pelakon di negara sendiri. Tetapi bila penggambaran bermula, mereka memberikan sepenuh komitmen kepada filem ini.

"Kemungkinan untuk filem saya yang seterusnya nanti, saya akan terus melibatkan pelakon-pelakon Indonesia serta dari negara-negara lain juga, mungkin dari Bangkok pula," katanya yang telah selesai menjalani penggambaran untuk filem ketiganya, Teman Selamanya yang turut dibintangi oleh pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia.

Julia Ziegler dan Pierre Andre adalah pelakon Malaysi yang terbabit di dalam filem tersebut.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan