Linda enggan komen pasal Que elak terkena kemudian hari

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOSIP artis bercinta, putus cinta, berkahwin dan segala-galanya yang melibatkan hati dan perasaan biasanya lebih mendapat tempat dihati penggemar industri hiburan ini.

Pantas sahaja berita mengenai mana-mana artis berkaitan tersebar melalui media tempatan lebih-lebih lagi dengan bantuan internet.

Salah satu cerita yang menarik perhatian menyentuh tentang cinta jurutari cantik, Linda Jasmin dan pelakon popular Que Haidar.

Sebelum ini, Que pernah menyatakan yang dia tidak mahu memberikan apa-apa komen tentang gosip itu.

Apabila ditanya kepada Linda, perkara yang sama dinyatakan. Kata Linda, lebih baik dia berdiam diri daripada diselubungi rasa bersalah di kemudian hari.

"Saya tiada apa-apa komen tentang hal itu kerana kalau orang nak temubual saya, lebih baik bercakap soal kerja dan soalan umum. Saya nak orang pandang sebagai seorang yang profesional," ujar Linda ketika ditemui di majlis sidang media Sehati Berdansa musim kedua baru-baru ini.

Ibu tunggal kepada Qalif Khan, 8 ini memahami setiap orang pasti tertanya-tanya tentang hubungannya dengan Que memandangkan pelbagai cerita yang sudah dikeluarkan termasuklah yang singgah pada dirinya.

"Apabila saya baca cerita itu di akhbar, saya ketawa sahaja. Tak mengapa, itu hak orang untuk berfikir dan saya tak boleh tahan orang dari bercakap. Tetapi, orang lain juga faham yang kita sendiri mempunyai perasaan masing-masing.

"Sama ada benda itu betul atau tidak, orang tak boleh anggap apa-apa. Mungkin seseorang itu nampak macam kawan tetapi sebenarnya bermusuh. Saya faham benda itu dan benar-benar tak nak memberikan komen," jawab wanita berusia 36 tahun ini lagi.

Bagaimanapun, apabila diminta memberikan pendapat tentang Que, lantas Linda menjawab: "Apa yang saya tahu dia merupakan seorang yang berbakat. Saya ada menonton beberapa drama dan filem lakonannya seperti Castello dan Hanya Aku."

Menyentuh tentang lelaki idaman Linda, dia gemarkan lelaki yang pandai berlawak, mengambil hatinya, baik hati, matang, berfikiran terbuka dan boleh menerima diri serta kerenahnya.

Juri tetap Sehati Berdansa kali kedua

Bersyukur atas nikmat kehidupan yang penuh dengan aktiviti seharian, Linda semakin terbiasa untuk bebas melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

Kini, Linda sibuk mengendalikan studio tariannya yang sudah empat tahun ditubuhkan berdekatan Ampang Point, Ampang.

Setakat ini, Linda sudah berjaya mengumpul lebih 100 orang pelajar. Bertanya tentang perkembangan studio tersebut, Linda berkata dia baru membuka kelas tarian tiang atau pole dancing.

"Selain itu, saya terlibat dengan bengkel Camp Rock anjuran Disney Channel dan Hitz.fm. Ini merupakan kali ketiga saya bekerja dengan Disney Channel dan orang Singapura," akhiri Linda.

Seperti yang diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, Linda sekali lagi terpilih untuk bergelar juri tetap Sehati Berdansa musim kedua.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan