KelipKelip Siti Nurhaliza masuk pawagam

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam dunia lakonan memang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk peminatnya dan impian tersebut bagaikan termakbul apabila dia bersetuju untuk membintangi filem animasi Kelip-Kelip.

Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Mamat Khalid itu merupakan lakonan pertama Siti di layar perak.

Penyanyi nombor satu negara ini juga turut bersetuju untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut.

Namun, penampilan Siti dalam filem tersebut hanya dalam bentuk animasi dan cuma suara Siti yang digunakan untuk halwa telinga penonton.

Yang menariknya, penonton dapat menatap Siti dalam bentuk kelip-kelip cantik yang mengenakan selendang.

Kata Siti, dia sendiri telah melihat sedutan 'teaser' yang dibuat menggunakan teknologi seperti filem animasi luar negara iaitu Warner Bros itu.

"Saya tertarik dengan 'teaser' tersebut dan Insya Allah, saya akan melakonkan watak kelip-kelip itu," komen Siti ketika majlis rumah terbuka Aidilfitrinya di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam.

Walaupun telah membuka hatinya dalam filem tersebut, tidak bermakna Siti mudah untuk menerima tawaran filem lain.

Siti mengiyakan yang dirinya turut ditawarkan oleh KRU Studio untuk berlakon filem.

"Skrip saya dah dapat tetapi kami masih berbincang. Jadi, saya belum membuat keputusan sama ada hendak menerima tawaran tersebut atau tidak," jelas Siti.

Namun, berdasarkan komen berikut, Siti seakan-akan menolak tawaran tersebut.

"Saya belum bersedia untuk berlakon sepenuhnya sebab masa tidak mengizinkan. Jika sikit-sikit tu bolehlah. Bukan apa, nak berlakon ni kita kena sabar menunggu. Saya rasa belum tiba masanya lagi. Tengok dulu, saya akan terima jika ada karektor bersesuaian dengan saya," beritahu Siti lagi.

Tambah Siti, jika ingin menceburi dunia lakonan, dia akan pastikan karektor tersebut bersesuaian dengan imejnya dan ceritanya mempunyai mesej atau unsur yang baik seperti filem Ayat-Ayat Cinta.

"Saya juga tidak menolak jika cerita tersebut bergenrekan komedi dan aksi. Tak semestinya cerita Islamik tetapi yang menyentuh tentang kehidupan," ujar Siti yang sedang sibuk dengan pembikinan album kontemporari terbarunya.

Menurut Siti, dia akan menghabiskan masa di studio untuk rakaman lagu pada hujung bulan ini.

"Harap-harap album tersebut boleh siap pada bulan Disember ini atau awal tahun depan," jawab Siti yang tidak memikirkan matlamat 'kejar' Anugerah Industri Muzik sebagai alasan untuk menyiapkan album secepat mungkin.

Siti juga dalam perangkaan untuk melakukan persembahan jelajah Yayasan Nurjiwa namun dia bagaimanapun mahu menyiapkan album terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang persembahan tersebut.

Jamuan Hari Raya besar-besaran

Sebelum ini, Siti tidak pernah melakukan jamuan secara besar-besaran untuk peminatnya.

Jika ada pun, dia hanya melakukan majlis tertutup itupun jika ada masa terluang.

Komen mengenai majlis rumah terbuka Aidilfitri yang pertama kali dilakukan untuk peminatnya, Siti berkata dia sudah lama memasang niat tersebut.

"Sebelum ini, saya ada menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat saya, Sitizone. Kali ini, saya baru berkesempatan untuk membuat majlis secara besar-besaran untuk peminat yang melayari laman web Sitizone.

"Ramai juga yang datang hari ini dalam lebih 300 orang termasuk staf Siti Nurhaliza Production. Kalau ada kelapangan nanti, saya akan buat majlis ini setiap setahun sekali.

Alhamdulillah, suami pun beri sokongan," tutur Siti yang bakal sibuk mulai minggu hadapan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan