Perubahan mantapkan Sehati Berdansa 2

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASTRO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyiarkan program-program yang menjadi kesukaan ramai seperti Sehati Berdansa yang bakal memasuki musim kedua mulai 18 Oktober ini.

Beberapa perubahan diperkenalkan bagi memantapkan lagi program realiti tarian yang mula diperkenalkan pada tahun lepas yang telah berjaya menobatkan aktres terkenal Vanida Imran dan pasangannya iaitu aktor popular Rashidi Ishak sebagai juara buat julung-julung kalinya.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan, mereka melihat penghasilan program seumpama ini dapat merealisasikan lagi impian mereka dalam menawarkan kepelbagaian kandungan program untuk memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza di samping membantu meringankan beban badan-badan kebajikan yang memerlukan.

"Inilah adalah antara inisiatif kami untuk menghiburkan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kami di Astro amat berbesar hati kerana dapat memanjangkan usaha dalam meneruskan program ini sehingga masuk musim kedua berikutan dari sambutan hangat yang diberikan pada musim lalu," katanya.

Sehati Berdansa merupakan program realiti tarian yang diadaptasi dari format program hiburan popular antarabangsa yang memperlihatkan pasangan selebriti bertanding di dalam arena seni tarian yang merupakan luar daripada bidang penguasaan mereka.

Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia. Sama seperti pada musim lalu, pasangan selebriti yang terlibat akan menari bagi membantu dana badan-badan kebajikan yang terpilih.

"Tentang hadiah, kami belum boleh umumkan sebab masih dalam perbincangan. Kami akan umumkan semasa Malam Sehati Berdansa nanti. Mungkin hadiah yang lebih lumayan iaitu kereta atau percutian," ulas Khairul lagi yang turut menafikan penundaan program IKON dan Anugerah Era disebabkan Sehati Berdansa.

Mulai 18 Oktober ini, Sehati Berdansa musim kedua bakal dikeudarakan di saluran Astro Ria dengan menampilkan 10 pasangan baru yang pastinya menghangatkan program kesukaan ramai ini.

Mereka terdiri daripada pasangan pelakon terkenal, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, pelakon Amyza Aznan dan suami, Khairil Izhar serta Sabrina Ali dan suami, Zairi Azmi, vokalis kumpulan Def-Gab-C, Ashed dan isteri, Sharifah Noor Shima, model terkenal Mazin Ameen Siraj dan isteri, Ida Chairunnisa P termasuk bintang bola sepak terkenal Shahril Arsat dan isteri, Noraini.

Turut serta adalah penyampai radio Jamal Jamaludin dan isteri, Noor Faridah, pasangan bintang Akademi Fantasia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Khai dan Rosma serta bekas penyanyi kumpulan Elite Sasha Saidin dan suami, Salyo Priyanto.

10 pasangan ini telah dipertanggungjawabkan untuki melakukan persembahan terbaik pada setiap minggu di atas nama badan-badan kebajikan yang terpilih. Pada setiap minggu, pasangan yang tersingkir akan menghulurkan wang tunai yang terkumpul ke dana yang disediakan untuk badan-badan kebajikan tersebut. Wang tunai yang terkumpul akan meningkat pada setiap minggu sehinggalah ke malam kemuncaknya.

Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem permarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus dari undian penonton. Pada setiap minggu, tiga orang juri akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

Manakala kuasa penonton adalah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap. Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Program Sehati Berdansa musim kedua ini masih mengekalkan hos musim lepas iaitu penyampai Radio Era, Linda Onn dan pelakon terkenal Fahrin Ahmad di samping Awal Ashaari.

Radio Era hadir sebagai radio rasmi bagi mempromosikan program ini sementara Silky Girl dan Silky For Men sebagai penaja rasminya.

Jentera promosi yang menyeluruh telah dirangka bagi menghangatkan program ini. Sebagai permulaan, acara promosi bergerak akan diadakan di AEON Jaya Jusco, Bukit Tinggi, Klang pada 25 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang termasuk sesi bertemu peminat finalis pada musim lepas dan peserta musim terbaru ini.

Pada musim ini juga, Astro Ria akan menyiarkan episod pengenalan iaitu Kenali Sehati Berdansa yang akan bersiaran pada 18 dan 19 Oktober ini pada pukul 9 malam.

Selain itu, program mingguan Detik Sehati Berdansa pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9 malam akan memaparkan sorotan penting harian pasangan selebriti selama lima minit.

Di Sebalik Sehati Berdansa pula mengenai sesi latihan dan rakaman di sebalik tabir disiarkan setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Malam Sehati Berdansa pada setiap Sabtu, pukul 9 malam adalah malam persembahan dan Debaran Sehati Berdansa pada setiap Ahad, pukul 9 malam akan memaparkan keputusan dan disiarkan secara langsung di kaca TV.

Kemuncak Sehati Berdansa dijangka berlangsung pada 27 Disember ini pukul 9 malam.

Selepas itu, Memori Sehati Berdansa akan menyusul pada 3 Januari (Sabtu) dan 4 Januari (Ahad), pukul 9 malam.

Para penonton dijemput melayari informasi terkini dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/sehati berdansa atau dengan menekan butang merah yang terdapat di alat kawalan jauh.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan