Nyanyian masih keutamaan Amy Mastura

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI, pelakon dan pengacara genit ini memang dikenali sebagai selebriti yang serba boleh. Meskipun memulakan langkah di dalam industri hiburan sebagai penyanyi, Amy Mastura bijak mengambil peluang yang terbentang di depan mata untuk melebarkan lagi cabang seninya.

Sejak beberapa tahun lalu, Amy turut ligat sebagai pengacara dan pelakon. Akui apa yang diperolehnya setakat ini adalah rezeki yang diberikan oleh Allah, kata Amy, semua itu dilihat sebagai satu bentuk kepuasan di dalam karier seni yang lebih 15 tahun diceburinya itu.

Tidak mahu hanya menghadkan kepada bidang nyanyian, tutur selebriti berusia 37 tahun ini, mana-mana peluang yang diberikan kepadanya, asalkan dirasakan sesuai dengan diri serta status sebagai isteri dan ibu, Amy pasti akan mempertimbangkan, tidak kiralah sama ada ia merupakan tawaran berlakon atau mengacara.

Namun begitu, minat mendalam terhadap bidang nyanyian sentiasa diletakkan Amy sebagai keutamaan dalam kariernya. Walaupun sudah tiga tahun tidak menghasilkan album baru, ibu kepada Adriana, 7, dan Adalia, 3, ini tidak pernah mengenepikan bidang yang telah menaikkan namanya di persada ini.

Selain undangan 'show' yang masih lagi banyak diterimanya, Amy juga ketika ini sudah pun menyiapkan album terbarunya berjudul Happy yang akan diedarkan tidak lama lagi.

Masih mengekalkan konsep pop yang sama, kemunculan albumnya itu pasti dapat mengubat kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menantikan kelahiran album barunya itu.

"Album ini tetap menampilkan 'Amy' yang dulu dengan konsep 'ceria'. Rasanya saya memang sudah tidak dapat lari dengan konsep muzik 'happy-go-lucky' kerana bukan saja saya, malah peminat juga turut menyukainya.

"Album baru ini memuatkan 10 buah lagu yang mana lima daripadanya adalah hasil ciptaan saya sendiri antaranya ialah Happy, Langkah Di Hatimu dan Dingin Malam. Selebihnya adalah ciptaan komposer-komposer seperti Lah Ahmad, Goh Boon Hoe dan Panji.

"Saya juga ada mencipta sebuah lagu khas untuk anak kedua saya Adalia berjudul Ini Kasihku. Sengaja saya hasilkan lagu tersebut untuknya memandangkan dulu saya juga pernah hasilkan lagu Kasih Suci untuk anak sulung saya, Adriana.

"Ini saya anggap 'hadiah' daripada seorang ibu untuk anak-anaknya dan mereka boleh dengar lagu tersebut sampai bila-bila pun," ujar Amy yang ditemui pada majlis pelancaran program Nugrow Nufamili di Sri Pentas, baru-baru ini.

Amy merupakan hos program terbitan Red Communications itu yang akan mula bersiaran di TV3 pada 21 Oktober ini, setiap Selasa pada jam 6 petang.

Bercerita tentang program tersebut, kata Amy yang sebelum ini pernah mengacarakan program Casa Impian berkata, dia menerima tawaran untuk mengendalikan Nugrow Nufamili kerana merasakan program yang menekankan kepada cabaran dan masalah yang sering dihadapi oleh ibubapa dalam membesarkan anak-anak itu adalah kerana sesuai dengan status ibu yang dipegangnya.

"Tawaran menjadi hos memang banyak yang saya dapat, tetapi saya kenalah juga lihat mana yang bersesuaian dengan usia dan status saya sebagai ibu. Saya memang tidak berfikir panjang tentang tawaran untuk Nugrow Nufamili ini kerana bagi saya, ini satu program yang baik untuk saya sendiri sebagai ibu mendalami masalah sebenar anak-anak kita.

"Sejujurnya, banyak yang telah saya pelajari sepanjang menjayakan program ini. Malah, saya akui, cara layanan saya terhadap anak-anak juga jauh lebih baik berbanding dulu.

"Memandangkan di dalam program ini saya perlu banyak berjumpa dengan pakar kanak-kanak, jadi saya ambil peluang tersebut untuk turut mendapatkan khidmat nasihat mereka bagaimana untuk melayan anak-anak lebih positif," kata wanita berasal dari Ipoh, Perak, ini.

Jelas Amy lagi, tugas sebagai hos program ini memerlukannya melawat kanak-kanak yang bermasalah seperti disleksia, autism mahupun sering meragam, pada setiap episod.

Kunjungan itu akan dibuat oleh Amy ke rumah kanak-kanak terbabit dua minggu setelah mereka menerima rawatan daripada pakar kanak-kanak berhubung masalah yang dihadapi.

"Saya akan melawat kanak-kanak yang terlibat untuk melihat kesan selepas mereka dibawa berjumpa pakar-pakar tersebut. Ada yang menunjukkan respon positif, tetapi ada juga kanak-kanak tersebut yang tetap hadapi masalah sama walaupun setelah berjumpa pakar.

"Secara peribadi, saya merasakan ini adalah program yang patut ditonton oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia sekitar tiga hingga enam tahun. Saya yakin, ibubapa yang menonton program ini mempelajar pelbagai cara untuk menangani masalah anak-anak mereka," ujar Amy.

Dalam pada itu, Amy juga bakal muncul di layar perak menerusi filem Hooperz terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Amy yang kali terakhir membintangi filem pada tahun 2004 menerusi Trauma dan Bintang Hati berkata, tawaran kembali ke layar perak itu diterimanya dengan senang hati memandangkan jadualnya tidak begitu padat ketika penggambaran dijalankan pada Jun lalu.

"Tawaran itu tiba pada masa yang sesuai. Selepas kali terakhir berlakon filem empat tahun lalu, saya lebih banyak muncul di dalam drama-drama saja memandangkan drama tidak memerlukan komitmen masa yang tinggi, apatah lagi ketika itu jadual seni saya memang padat.

"Melihat kepada skrip dan karektor saya yang menarik, saya terus terima untuk membintangi filem ini bergandingan bersama Adibah Noor. Kami berdua memegang watak sebagai jurulatih pasukan bola jaring," kata Amy dalam nada ceria.

Ketika ini, Amy yang pernah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM14 pada 1999 ini juga turut menjayakan drama Lima Jingga yang disiarkan di 8TV.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan