Intan Sarafina Iskandar diijabkabul

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Penyanyi Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya atau nama komersialnya, Intan Sarafina, 27, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee, 32, di kediaman keluarga penyanyi tersebut di Bandar Sri Permaisuri, di sini, malam tadi.

Hanya sekali lafaz, pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Bandar Tun Razak, Mohamad Afandi Che Harun pada kira-kira jam 9.40 malam.

Pada majlis tersebut, Intan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang menerima mas kahwin RM 80 dan wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM15,000 beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sireh junjung, cincin, beg tangan, minyak wangi, sejadah dan manisan.

Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang hantaran antaranya sireh junjung, minyak wangi, kek, telur pindang serta kasut dan kemeja.

Selain disaksikan oleh ibubapa dan ahli keluarga kedua-dua pasangan, majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu turut diserikan dengan kehadiran saudara-mara dan teman-teman rapat.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, pasangan yang mula mengenali antara satu sama lain sejak setahun setengah yang lalu melahirkan rasa bersyukur setelah selamat bergelar suami isteri.

"Alhamdulillah, memang gementar juga pada awalnya. Saya bersyukur akhirnya kami sah bergelar suami isteri. Walaupun tempoh pertunangan agak singkat, tetapi saya memang sudah bersedia untuk memulakan hidup sebagai isteri.

"Iskandar seorang yang memahami dan cukup mengambil berat. Memang ciri-ciri lelaki yang saya suka ada pada dia. Insya-Allah, selepas berumahtangga, saya akan tetap teruskan karier seni saya kerana suami juga tidak pernah menghalang," ujar Intan yang menambah mereka juga masih belum menetapkan tarikh untuk berbulan madu.

Sementara itu, Iskandar juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar.

"Saya ambil masa empat hari untuk berlatih lafaz akad nikah. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah. Sebenarnya jika diikut pada perancangan asal, kami ingin berkahwin sebelum bulan Ogos lagi.

"Kami rancang untuk terus berkahwin, tanpa perlu bertunang. Tetapi, akhirnya kami putuskan untuk bertunang juga terlebih dahulu. Kami tidak pernah mempercepatkan perkahwinan seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak, cuma sepatutnya kami bernikah pada 18 Oktober, tetapi telah awalkan sehari. Itu saja," kata Iskandar yang akui tertarik dengan Intan sejak awal perkenalan kerana sifat kelembutan penyanyi itu.

Majlis persandingan akan berlangsung esok petang di lokasi yang sama manakala di sebelah pihak lelaki pula, majlis resepsinya akan berlangsung pada Januari depan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan