Petua Sehati Berdansa Vee dan Shidi kepada junior

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara pasangan Sehati Berdansa musim pertama iaitu pelakon Vanida Imran dan Rashidi Ishak tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam program terbitan Astro itu.

Mulai 18 Oktober ini, Sehati Berdansa musim kedua bakal dikeudarakan di saluran Astro Ria dengan menampilkan 10 pasangan baru yang pastinya menghangatkan program kesukaan ramai ini.

Mereka terdiri daripada pasangan pelakon terkenal, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, pelakon Amyza Aznan dan suami, Khairil Izhar serta Sabrina Ali dan suami, Zairi Azmi, vokalis kumpulan Def-Gab-C, Ashed dan isteri, Sharifah Noor Shima, model terkenal Mazin Ameen Siraj dan isteri, Ida Chairunnisa P termasuk bintang bola sepak terkenal Shahril Arsat dan isteri, Noraini.

Turut serta adalah penyampai radio Jamal Jamaludin dan isteri, Noor Faridah, pasangan bintang Akademi Fantasia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Khai dan Rosma serta bekas penyanyi kumpulan Elite Sasha Saidin dan suami, Salyo Priyanto.

Sepuluh pasangan ini telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan persembahan terbaik pada setiap minggu di atas nama badan-badan kebajikan yang terpilih.

Pada setiap minggu, pasangan yang tersingkir akan menghulurkan wang tunai yang terkumpul ke dana yang disediakan untuk badan-badan kebajikan tersebut. Wang tunai yang terkumpul akan meningkat pada setiap minggu sehinggalah ke malam kemuncaknya.

Menurut Shidi dan Vee, setiap pasangan yang bertanding perlu menikmati dan berseronok dengan setiap aktiviti tarian yang dilakukan.

"Jangan mengambilnya sebagai sesuatu yang serius. Jangan rasa yang kita sedang bertanding dengan orang lain.

"Kita sahut cabaran yang diberikan dan setiap pasangan harus memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Koreografer juga harus mengetahui kelemahan pasangan yang mereka ajar.

"Kalau semua itu ok, semuanya akan cantik dan semakin bagus," ujar mereka ketika sidang media Sehati Berdansa musim kedua di Hotel Mandarin Oriental, semalam.

Dalam pada itu, salah satu peserta Sehati Berdansa musim kedua iaitu pasangan Ashed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima yang turut meminta tips daripada pasangan juara itu berharap mereka dapat berjaya dan mempelajari benda yang baru nanti.

"Kami juga berniat untuk membantu badan-badan kebajikan dan tidak menganggap program ini sebagai satu pertandingan.

"Sebagai persediaan, kami sudah mula mencari video tarian seperti filem-filem hindustan. Kalau dulu kami tak berminat dengan benda ni semua, sekarang kena ubah minat yang baru ini.

"Kami juga mendapat tips daripada Shidi yang menyuruh kami memberi tumpuan dan praktis dengan bersungguh-sungguh.

"Program ini juga semakin mengeratkan hubungan kami kerana dulu masa masing-masing sibuk bekerja kami jarang menghabiskan masa bersama," ujar ibu dan bapa kepada Megat Aldhamian Sufi yang berusia lima tahun ini.

Pasangan kedua iaitu Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin tidak menganggap kelebihan Sabrina dalam bidang tarian boleh menjadi landasan mereka untuk memenangi program ini.

Sabrina atau Rina pernah mengadakan persembahan tarian tradisional dan moden semasa sekolah rendah dan merupakan ahli pasukan sorak di sekolah menengah dan ahli kelab tarian di kolej.

"Program ini memerlukan semangat berpasukan. Ia suatu bonus jika kami menang. Kami akan menikmati program ini sepuas-puasnya.

"Saya juga membuat apa yang saya suka. Saya minat menari dan suami memberi sokongan. Program ini dekat dengan saya dan berkaitan dengan diri saya," ujar Rina yang kecewa kerana tidak mendapat badan kebajikan yang melibatkan orang kerdil.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak untuk membantu Persatuan Kesihatan Mental Malaysia iaitu badan kebajikan yang diberikan oleh Astro.

Rina juga meluahkan kebimbangannya kerana sekarang dia sedang menjalani pengambaran drama bersiri Puteri Salju untuk slot Lagenda di TV9.

"Saya membawakan watak antagonis dalam drama itu. Takut pula jika orang tak nak undi saya nanti.

"Tetapi saya tak kisah orang nak undi atau tidak sebab penonton tahu ia sekadar lakonan," kata Rina yang melakukan tarian yang menarik semasa upacara memperkenalkan peserta-peserta di majlis itu.

Kata Rina, tarian tersebut diajar oleh jururunding tarian dan persembahan program tersebut iaitu Ahmad Kasan.

Berbanding dengan pasangan Shahril Arsat dan Noraini Morat, pasangan ini lebih suka bercerita tentang gelagat anak mereka iaitu Khayrin Sofiya, 7 yang sibuk bertanya tentang kritikan yang bakal diterima oleh mereka nanti.

"Anak saya yang sulung ada juga bertanya lebih kurang macam ni, ibu nak pergi menari?

Pengkritik nanti macam mana?," beritahu Noraini yang turut mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Khayrin Qistina, 3.

Tambah Shahril yang pertama kali berhadapan sebagai penari berbanding sebelum ini beraksi di padang bola: "Saya belum tahu respon penonton. Jadi, kami akan cuba buat yang terbaik."

Berdasarkan maklum balas dari orang luar, setakat ini kami mendapat respon yang bagus.

"Kami akan berusaha dan yang penting beramal secara tak langsung," tutur bekas pemain bola sepak Selangor dan kebangsaan ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan