Sulaman cinta Ashraf dan Bunga akhirnya bakal termeterai

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAHNIAH buat pasangan kekasih Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang telah mengumumkan tentang majlis perkahwinan mereka di dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Jakarta kelmarin.

Setelah pelbagai spekulasi yang timbul berhubung perkahwinan mereka yang sebelum ini menjadi antara topik hangat media tempatan dan Indonesia juga, Ashraf dan Bunga tampil mendedahkan tarikh sebenar yang bakal menjadi satu hari yang bersejarah dalam diri mereka.

Tanggal 8 November nanti akan menjadi saksi penyatuan cinta pelakon dan pengacara popular tempatan, Ashraf bersama buah hatinya yang merupakan selebriti terkenal Indonesia, Bunga apabila mereka akan diijabkabulkan di sebuah masjid di Jakarta pada hari tersebut.

Pasangan selebriti ini juga akan mengadakan majlis persandingan pada keesokan harinya di sebuah hotel dan Ashraf juga akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, dijadualkan pada 14 November ini.

Percintaan pasangan selebriti ini sememangnya bukanlah satu rahsia lagi. Perkenalan sejak beberapa tahun lalu ketika Ashraf menemubual Bunga untuk program Beat TV yang disiarkan di Astro akhirnya berlanjutan sehingga mereka akui wujudnya perasaan cinta di hati masing-masing.

Namun tatkala menghitung detik untuk disatukan sebagai suami isteri, pasangan yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi gara-gara penyebaran gambar bercium mereka di Bali tidak lama dulu turut 'dipanaskan' dengan khabar angin yang mengatakan Bunga sebenarnya sudah hamil.

Disebabkan itu, pasangan tersebut dikatakan terpaksa melangsungkan pernikahan dengan segera.

Namun begitu, Bunga seperti yang dilaporkan di dalam sebuah akhbar Indonesia beberapa hari lalu menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka sebenarnya sudah mula dirancang sejak tiga bulan yang lalu.

Baik Bunga mahupun Ashraf sendiri akui, mereka sememangnya sudah bersedia untuk melayari hidup sebagai suami isteri.

Lantaran itu, tarikh 8 November itu dirasakan pasangan ini cukup sesuai untuk menyatukan cinta mereka.

Majlis persandingan yang bakal diadakan mengikut tradisi Minang itu akan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai Ashraf dari Malaysia.

"Konsepnya masih dalam perancangan. Resepsi akan dibuat di Jakarta. Di Malaysia juga akan turut dilangsungkan, seminggu setelah resepsi di Jakarta. Kita akan mengikut dua adat, Minang dan Melayu. Kedua-duanya tidak jauh bezanya," luah Bunga seperti yang menerusi laman web Kompas Entertainment, semalam.

Lebih menarik lagi, produk penjagaan kulit Ponds yang melantik pasangan ini sebagai duta mereka, akan menyiarkan segmen khas tentang hubungan percintaan mereka yang akan disiarkan di sebuah stesen televisyen negara itu.

Selepas bernikah nanti, Ashraf telah mengambil keputusan untuk menetap bersama bakal isterinya itu di Jakarta dan meneruskan karier seninya di sana.

Namun sesekali, aktor ini akan tetap kembali ke Malaysia jika ditawarkan 'job' di sini, selain perlu memantau bisnes yang diusahakan termasuklah perniagaan bersama rakan artis, Sazzy Falak.

Ashraf pernah membintangi filem terbitan negara itu berjudul Pocong dan sebuah lagi bersama Bunga berjudul Sos Kacang. Dia juga dijangka akan membintangi sebuah drama bersiri di sana kelak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan