Aidilfitri bermakna Catriona Ross

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN semangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini kurang dirasai dalam diri pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, namun sekurang-kurangnya perayaan tersebut disambut dengan penuh bermakna.

Kata aktres kacukan Melayu-Scotland yang dikenali dengan nama Catriona Ross ini, terdapat dua sebab perayaan kali ini begitu bermakna berbanding tahun sebelumnya.

"Sebab pertama adalah saya bertunang pada Hari Raya keempat lalu dan yang keduanya pula adalah saya sudah boleh berjalan. Tahun lepas saya beraya dengan bantuan tongkat dan pergerakan saya terbatas," luah Catriona yang sebelum ini memerlukan tongkat untuk bergerak akibat kemalangan kereta di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara Selatan pada 14 April 2007.

Ujarnya yang lebih selesa membahasakan dirinya Cat ini lagi, "Walaupun saya gembira tetapi saya tak rasa terlalu bersemangat untuk beraya dan saya tidak membuat persiapan raya kerana sibuk menyiapkan persiapan bertunang.

"Saya tak beli kasut raya dan hanya membeli sepasang baju kurung. Itupun dalam masa saat-saat akhir. Saya rasa lebih teruja nak bertunang dan fikirkan ia lebih penting dari segala-galanya.

"Kuih raya pun saya beli setelah kawan-kawan ada ingatkan dengan menelefon dan bertanya sama ada sudah beli atau belum. Nasib baiklah ada mereka ni, jadi kebetulan kawan saya menjual kuih raya, jadi terus tempah dengan mereka sahaja."

Bercerita tentang majlis pertunangan Cat yang berlangsung di rumah keluarganya di Kota Bharu,Kelantan, kini wanita berusia 28 tahun ini sudah bergelar tunang kepada Shaharuddin Mokhtar iaitu pengarah program di Astro.

Tidak disangka pertemuannya dengan Shahar di satu sesi fotografi bersama sebuah akhbar kira-kira sembilan lalu membuahkan bibit cinta antara mereka berdua.

"Waktu tu saya masih bertongkat. Sementara saya mengambil gambar, dia dan krew Astro sedang menunggu untuk menemubual saya. Dalam tempoh perkenalan dua bulan pertama, saya rasa kami berdua sudah ada perasaan cinta antara satu sama lain.

"Apa yang membuatkan saya memilihnya kerana dia sangat jujur dan penyayang, hormat dan memahami kerja saya serta kelakar," luah Cat yang sedang menjalani pengambaran drama 26 episod Bara terbitan RTM.

Tambah Cat mengenai majlis pertunangannya, dia menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki kemudian membalas sembilan hantaran kepada pihak lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Menurut Cat, dia menyerahkan tugasan membuat hantarannya kepada rakan baiknya sebaliknya dia bertindak selaku pereka hantaran tunangnya.

Seperti yang dirancang, impian Cat untuk mengadakan majlis tersebut mengikut tradisi Melayu tercapai jua pada hari itu. Katanya, "Saya suka kalau majlis pertunangan saya dibuat mengikut tradisi Melayu."

Doa dan harapannya agar majlis yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat itu berjalan dengan lancar termakbul jua.

Pasangan itu dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan sekitar bulan Jun tahun depan

Mahu habiskan masa dengan tunang

Dalam masa tiga bulan sehingga bulan Ramadan lalu, Cat meluahkan rasa kecewanya apabila terpaksa curi-curi masa untuk berbuka puasa dengan tunang dan keluarganya.

"Alhamdulillah, ada juga saya mendapat tawaran berlakon. Saya sibuk sangat dengan pengambaran drama sepanjang tiga bulan lalu. Saya juga telah menjayakan pementasan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya sebelum itu. Sebelum raya, saya sempat menyelesaikan pengambaran sebuah telefilem dan drama bersiri 26 episod Bonda untuk TV9. Nak berbuka puasa dengan bakal ibu mertua saya pun tak boleh lama-lama.

"Jadi, selepas saya selesai pengambaran drama Bara selepas raya nanti, saya akan tetapkan masa selama dua minggu untuk menghabiskan masa bersama tunang, keluarganya dan keluarga saya. Jadi, mungkin saya akan berehat buat sementara waktu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan