Catriona Ross bertunang hari ini

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau popular dengan nama Catriona Ross, 28 kerana dia bakal melangsungkan pertunangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Shahar pada hari ini.

Keluarga bakal tunangannya dijangka bertandang ke rumah keluarga Cat di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 4.30 petang dengan membawa tujuh dulang hantaran.

Pihak Cat akan membalas dengan sembilan hantaran.

Enggan mengulas lanjut identiti bakal tunangnya iaitu pengarah program di Astro itu, Cat berkata dia akan bercerita tentang bakal tunangnya itu sesudah majlis pertunangannya selesai.

Cat juga tidak boleh bercerita lagi tentang tempoh pertunangan mereka memandangkan keputusan belum diputuskan sehinggalah perbincangan kedua-dua belah pihak dilakukan pada majlis pertunangan itu nanti.

"Saya belum boleh putuskan tentang berapa lama kami akan bertunang. Saya dan Shahar ada juga berbincang tetapi semuanya bergantung kepada perbincangan kedua belah keluarga kami. Saya tak kisah sama ada bertunang dalam tempoh yang lama atau sekejap," ujar Cat yang mengenali Shahar kira-kira sembilan bulan lalu dalam satu sesi fotografi.

Bercerita tentang majlis pertunangannya nanti, Cat memilih untuk mengadakan majlis tersebut mengikut tradisi Melayu.

"Saya suka kalau majlis pertunangan saya nanti dibuat mengikut tradisi Melayu di mana pihak lelaki akan berbincang dengan keluarga saya diikuti dengan sesi menyarungkan cincin," beritahu Cat lagi mengenai majlis yang dijangka hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat. Cat juga tidak keberatan untuk menerima tetamu dari kalangan media pada sebelah petangnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Cat sempat menitipkan kata-kata akhirnya dengan penuh mengharap.

"Saya doakan majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Harap-harap sangat bakal tunang dan keluarganya gembira untuk menerima saya." luah Cat yang sangat teruja untuk melangsungkan majlis pertunangannya berbanding menyambut Hari Raya.

Namun, selain gembira kerana bakal bertunang hari ini, anak kacukan Scotland-Melayu ini turut berasa gembira kerana raya kali ini dia sudah boleh berjalan.

Sebelum ini, Cat memerlukan tongkat untuk bergerak setelah terlibat dalam kemalangan kereta di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara Selatan pada 14 April 2007.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan