ArRayyan Ikhwanu Shaqhikoh juarai Marhaban Di Astro

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marhaban Di Astro 2008 akhirnya melabuhkan tirainya minggu lalu dengan menobatkan kumpulan Ar-Rayyan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor sebagai juara kategori marhaban dan kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh dari Kampung Matang Acheh, Pantai Remis, Perak sebagai juara kategori nasyid pada peringkat akhir pertandingan yang berlangsung di Aeon Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Sebanyak tujuh kumpulan telah bertanding sebagai finalis kategori nasyid manakala lima kumpulan lagi telah bertanding sebagai finalis kategori marhaban.

Selain Ikhwanu Shaqhikoh, kumpulan-kumpulan yang bertanding di peringkat akhir itu bagi kategori nasyid ialah Izdan (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor), Nur-One (UiTM Bota, Perak), An Najwa (Butterworth, Pulau Pinang), Sodiqul Amin (Sekolah Rendah Islam Alor Star, Kedah), Rawiyani (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dan Expresi (UiTM Shah Alam).

Bagi kategori marhaban pula, empat kumpulan yang turut memberikan saingan sengit kepada Ar-Rayyan ialah Caliph (Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Lumut), In-Saf (Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat), Badrul Munir (Ayer Hitam, Kedah) dan Nur Ummairah (Sentul, Kuala Lumpur).

Kesemua kumpulan yang bertanding merupakan kumpulan-kumpulan yang telah memperoleh markah tertinggi dan terbaik di enam lokasi saringan yang telah dijelajahi.

Lokasi-lokasi tersebut adalah Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Klang.

Pertandingan akhir ini telah diadili oleh tiga orang juri tetap yang telah menjelajah kesemua lokasi iaitu penyanyi nasyid solo Ustaz Akhil Hayy, penyanyi solo yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad dan juga penyanyi solo wanita yang berpengalaman iaitu Aishah.

Secara keseluruhan para juri berpendapat, kualiti peserta di peringkat akhir ini amat memuaskan dan setiap kumpulan nampaknya telah membuat persiapan yang amat rapi. Kualiti persembahan dan vokal yang ditunjukkan berada pada tahap yang baik.

Selain itu setiap kumpulan terutama di dalam kategori nasyid bersiap turut mempamerkan koreografi persembahan yang amat kreatif dan menghiburkan.

Kesemua peserta telah menunjukkan gaya persembahan yang berbeza.

Kreativiti mereka turut terserlah di mana kebanyakan kumpulan nasyid yang bertanding memilih untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri. Juri berpendapat lagu-lagu ciptaan sendiri yang dipersembahkan mempunyai kualiti yang baik di samping mempunyai kepelbagaian irama.

Di peringkat ini, sebahagian peserta telah menunjukkan taraf profesional mereka dalam membuat persembahan. Sebahagian peserta yang memilih untuk diiringi muzik secara ‘live’ pula telah membuat susunan muzik yang menarik.

Ini adalah satu pentas yang amat baik bagi setiap peserta mengutip pengalaman yang amat bermakna. Bagi kategori marhaban, juri telah mengenalpasti kumpulan yang bertanding terbahagi kepada dua kelompok iaitu kumpulan yang memperjuangkan marhaban asli terutama melodi marhaban asli dari tempat asal mereka manakala satu lagi kelompok tampil agak berani untuk memberi improvisasi terhadap marhaban asli.

Juri berpendapat ini adalah perkara yang amat baik kerana selain mengekalkan identiti marhaban itu sendiri, penonton juga berpeluang menghayati marhaban gaya generasi baru yang sudah tentu memberikan kepelbagaian.

Ustaz Akhil Hayy yang telah pun tiga tahun menjadi juri tetap untuk program ini berpendapat, kualiti peserta tahun ini adalah lebih baik dari tahun terdahulu.

Bahkan para juri mempunyai kesukaran untuk memilih kumpulan yang terbaik.

Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi kategori marhaban, johan telah disandang oleh Kumpulan Ar-Rayyan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor manakala johan kategori nasyid telah disandang oleh Kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh dari Pantai Remis, Perak.

Juara bagi kedua-dua kategori telah menerima hadiah wang tunai RM 5,000 beserta sijil, hamper dan barangan tajaan penaja iaitu Nestle.

Secara keseluruhannya, pihak penganjur telah menerima kira-kira 150 demo yang dipertimbangkan untuk mengikuti saringan akhir di enam lokasi yang telah dijelajahi.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh terpilih ke peringkat akhir nasyid manakala lima lagi terpilih sebagai finalis kategori marhaban. Peserta pertandingan terdiri daripada pelbagai lapisan umur (peserta paling muda berusia 10 tahun, manakala peserta tertua berusia 63 tahun), juga dari pelbagai latar belakang pekerjaan, gender, dan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

Pertandingan akhir ini telah dihoskan oleh Zainal Alam Kadir, Farish dan Fitri AF2. Mereka yang ingin mengetahui laporan lanjut serta corat coret serta gambar berkaitan program ini bolehlah melayari laman web www.marhabandiastro.com.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan