Semangat Aidilfitri Eja di Mekah

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eja akui tidak sabar menantikan tanggal 15 Oktober untuk menjejakkan kaki buat kali kedua di Mekah
Eja akui tidak sabar menantikan tanggal 15 Oktober untuk menjejakkan kaki buat kali kedua di Mekah

TIDAK ada apa yang mampu menggambarkan perasaan gembira pelakon jelita ini tatkala berbicara tentang kehadiran Syawal.

Bagi pemilik bernama Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Eja ini, selain mengamalkan rutin Aidilfitri seperti tahun-tahun terdahulu, kedatangan hari lebaran kali ini lebih bermakna buat dirinya.

Selain menyambut bersama ahli keluarga di Puchong, Selangor, dan melawat sanak-saudara di Ipoh dan Pulau Pinang, pelakon filem Sepi ini akui tidak sabar menantikan tanggal 15 Oktober yang mana dirinya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah di samping menjalani penggambaran drama bersiri Tasbih Cinta, arahan Erma Fatimah.

Peluang menjejakkan kaki ke Mekah ketika bulan Syawal sememangnya satu impian yang lama tersemat di dalam hati Eja. Lantaran itu, apabila pengarah, pelakon dan penerbit tersohor, Erma Fatima menawarkan dirinya ke Mekah untuk menjalani penggambaran Tasbih Cinta, pelakon berusia 36 tahun ini tidak berfikir panjang lagi, apatah lagi pelakon-pelakon dan krew turut berpeluang mengerjakan umrah.

"Saya memang tidak sangka dapat peluang ke Tanah Suci lagi, setelah pertama kali ke sana pada tahun 1997.

"Memang tujuan utamanya adalah untuk menjalani penggambaran, tetapi kami yang terlibat turut dibenarkan mengerjakan umrah sekali.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, rombongan kami akan berada di sana selama lebih kurang 16 hari. Selain kak Erma, pelakon-pelakon lain yang akan turut serta ialah Ziana Zain, Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill dan Fahrin Ahmad.

"Sebenarnya penggambaran di Mekah itu adalah untuk empat buah drama arahan kak Erma dan salah satunya adalah drama lakonan saya, Tasbih Cinta. Tetapi, dalam drama tersebut hanya lebih kurang lima episod saja yang mengandungi babak di Mekah.

"Kami sepatutnya berangkat ke sana pada bulan Ogos, tetapi kerana masalah tertentu, ia ditunda ke 15 Oktober. Bagus juga, dapatlah merasa beraya di Mekah pula.

"Apapun, peluang ini memang cukup menggembirakan saya, tambahan pula dapat mengerjakan umrah bersama rakan-rakan artis yang lain. Malah, saya sanggup menolak banyak tawaran berlakon lain dan pilih untuk membintangi drama ini," ujar Eja dalam nada ceria.

Lantaran itu, Pelakon Wanita Pilihan Festival Filem Malaysia Ke-19 itu ketika ini lebih sibuk menyiapkan diri untuk ke sana berbanding membuat persiapan raya.

"Persiapan raya saya setiap tahun tetap sama. Setiap tahun, hanya dua pasang baju yang akan saya tempah dan pastinya kami sekeluarga akan berkumpul di rumah keluarga di Puchong pada pagi raya sebelum melawat saudara-mara.

"Walaupun saya memang cukup teruja untuk ke Mekah ketika ini, tetapi raya tetap raya... Inilah satu-satunya masa yang kami sekeluarga boleh berkumpul dan berjumpa dengan saudara-mara," kata model, pengacara dan pelakon popular ini.

Bercerita tentang perkembangan karier lakonannya, kata Eja, sepanjang Ramadan ini, dia 'berehat' seketika daripada sebarang penggambaran kerana sudah mengamalkan 'tradisi' itu sejak mula berkecimpung dalam bidang seni lagi.

"Sejak 11 tahun berada di dalam industri ini, memang setiap kali Ramadan, saya akan 'break' sekejap.

"Saya masih ingat lagi ada satu masa dulu saya terpaksa jalani penggambaran ketika bulan puasa kerana memang tidak dapat ubah jadual.

"Apa yang saya perasan, macam-macam masalah timbul pada diri saya ketika itu.

"Saya rasa cukup tidak sedap hati pada masa itu. Sebab itu, saya kini lebih suka berehat ketika bulan puasa dan tolak mana-mana tawaran berlakon ketika Ramadan. Saya lebih banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti amal.

"Tak mengapalah walaupun terpaksa menolak 'rezeki' seketika. Bagi saya, tak bolehlah asyik mengejar wang... hidup kita kena seimbang," tutur aktres tinggi lampai ini.

Akui cerewet

Selama 11 tahun bergelar anak seni, Eja akui dirinya kini lebih matang dalam apa saja keputusan yang dibuatnya, terutamanya yang melibatkan periuk nasinya.

Meskipun sudah mampu dilabelkan sebagai artis senior, Eja tidak menafikan dirinya belum berpuas hati dengan pencapaian karier lakonannya.

"Memang 11 tahun boleh dikatakan satu jangkamasa yang agak lama. Tetapi saya akui, bertahun-tahun dalam bidang ini, saya masih belum kecapi kepuasan sebagai pelakon. Apa yang saya lihat, industri tempatan kita masih menunjukkan kelemahan dari segi skrip.

"Sebab itulah saya terpaksa menjadi cerewet dalam memilih skrip dan watak. Saya rasa, sekarang ini saya lebih cerewet lagi berbanding dulu. Saya akan teliti sesebuah skrip itu dengan terperinci.

"Mungkin orang akan cakap, saya menghadkan rezeki sendiri. Bagi saya, rezeki itu Allah yang bagi. Dan saya yakin, dengan sedikit bakat yang saya ada, akan ada penerbit yang sudi ambil saya bekerja dengan mereka.

"Sudah tiba masanya untuk saya mementingkan kualiti. Kalau muka kita asyik muncul di televisyen pun, takut pula orang akan bosan. Jadi, biarlah saya memilih dalam apa saja tawaran yang saya terima," kata Eja.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan