Intan rindu suasana beraya bersama sanak saudara

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Intan melancong ke Haadyai, Thailand pada Hari Raya kedua. -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI
Intan melancong ke Haadyai, Thailand pada Hari Raya kedua. -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI

TIDAK semua orang berpeluang meraikan perayaan mereka bersama sanak-saudara apabila keadaan dan masa tidak mengizinkan.

Begitu juga dengan Pelakon cantik Intan Ladyana Mohd. Yahya yang tidak dapat menyambut Hari Raya Puasa bersama sanak-saudaranya di Patani, Thailand.

Kata pelakon utama drama bersiri Sutera Maya ini, keadaan yang tidak selamat akibat rusuhan di sana menyebabkan mereka memilih untuk tidak pulang beraya di sana lagi.

"Sudah empat hingga lima tahun kami sekeluarga tidak pulang beraya di Patani kerana faktor keselamatan. Bayangkan kalau kami pulang ke sana dengan keadaan bom di sana sini.

"Rasa rindu pula apabila dah lama tak merasai suasana beraya bersama sanak-saudara di kampung. Beraya di sana ada kelainan sedikit berbanding di sini.

"Makanan di sana berbeza berbanding di sini seperti nasi dagae, nam prik dan tom yam. Walaupun di sini terdapat juga makanan seperti tom yam, tetapi rasanya berlainan," ujar gadis berusia 26 tahun ini.

Memandangkan mereka sekeluarga tidak dapat pulang beraya di kampung, lima beranak ini sudah mengatur perancangan untuk bercuti ke luar negara sahaja.

"Pada hari raya pertama, kami akan beraya di rumah. Keesokan harinya, kami akan pergi bercuti ke Haadyai, Thailand.

"Kami berlima sudah biasa menjadikan waktu Hari Raya untuk meluangkan masa bersama-sama sambil melancong.

"Saya berkemungkinan menghabiskan masa beraya sekejap sahaja sebab masuk Hari Raya kelima, saya akan sibuk dengan pengambaran drama Sutera Maya," beritahu Intan yang memegang watak Maya Karina dalam drama bersiri siaran TV3 itu.

Bulan puasa yang memenatkan

Bulan puasa bakal menutup tirainya pada esok hari dan selepas itu semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

Mengenang kembali sambutan bulan puasa pada tahun ini, Intan berkata sambutan bulan puasanya sangat berbeza berbanding sebelum ini.

"Saya tak pernah menyambut bulan puasa di lokasi pengambaran seperti pada tahun ini. Kali ini saya perlu menghabiskan pengambaran Sutera Maya yang dijangka selesai sehingga November depan sebab ia mempunyai 60 episod.

"Kalau dulu saya tidak akan terima tawaran pada bulan puasa dan raya sebab takut penat.

"Tetapi disebabkan tawaran ini saya terima terlebih awal dan pengambaran pun dah berlangsung sejak Julai lalu, jadi saya tak boleh berhenti lagi.

"Jadi, kalau dulu bosan juga apabila hanya duduk di rumah sahaja berbanding kali ini lebih seronok walaupun memenatkan. Kami melakukan pengambaran di kawasan Sungai Buloh. Apabila tiba waktu berbuka tu, kami akan pergi ke bazar ramadan beramai-ramai.

"Pada bulan puasa ini saya hanya fokus kepada satu kerja sebab takut penat. Kadangkala saya perlu rehat juga. Kali ini, nak solat terawih pun tak sempat," cerita Intan yang kerap melakukan solat terawih dahulu.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan