Hans akui terpaksa berlakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans (dua dari kanan) bersama pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri. Turut serta adalah Natasha Hudson (tiga dari kiri), Sharad Sharan (tiga dari kanan) dan Azwan Ali (kanan). -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI
Hans (dua dari kanan) bersama pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri. Turut serta adalah Natasha Hudson (tiga dari kiri), Sharad Sharan (tiga dari kanan) dan Azwan Ali (kanan). -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI

BUKAN mudah pelakon kacak Hans Isaac hendak mengatakan "ya" untuk berlakon dalam filem Tipu Kanan Tipu Kiri (TKTK) arahan Sharad Sharan.

Sebelum menerima tawaran untuk berlakon dalam filem TKTK, Hans terpaksa memikirkan tiga kali bagi membayangkan apakah yang cuba disampaikan oleh pengarah itu.

"Saya tak tahu apa yang pengarah mahukan. Saya cuba membuat gambaran sebanyak tiga kali. Selepas tu baru saya faham dan terus menerima tawaran tersebut.

"Jadi, sudah tentu saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat. Filem ini merupakan filem yang diadun mengikut filem Malaysia, Indonesia dan Bollywood," ulas Hans.

Filem romantik komedi ini juga menggabungkan pelakon-pelakon terkenal Malaysia seperti Natasha Hudson, Sazzy Falak, Azwan Ali, dan Fauzi Nawawi dengan pelakon-pelakon terkenal dari Indonesia seperti Titi Kamal, Christian Sugiono dan Chaterine Wilson.

Dalam filem ini, Hans sepatutnya bertutur dalam bahasa Indonesia tetapi dia menolak untuk menggunakan bahasa asing itu 100 peratus.

"Jadi, saya telah membuat keputusan menggunakan 70 peratus bahasa Malaysia dan selebihnya adalah bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Saya tahu sedikit berbahasa Indonesia tetapi kalau boleh saya nak lebihkan bahasa kebangsaan kita," ulas Hans.

Menyentuh tentang cabaran berlakon dalam TKTK, Hans berkata dia meragui sama ada orang Indonesia boleh menerima pelakon Malaysia atau tidak.

Ini kerana filem ini terlebih dahulu dipasarkan di Indonesia dengan usahasama antara Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Tarantella Pictures LLC.

Hans juga menambah yang dia terpaksa berlakon filem usahasama seperti itu demi melayakkan dirinya menembusi filem Indonesia.

Dalam TKTK, Hans membawakan watak Remo iaitu majikan yang cerewet dan suka mendengar kata isterinya, Lina (Catherine) yang suka menjaga tepi kain orang.

"Watak saya lain dari segi ekspresi kerana Remo ini sangat 'poyo'. Dia juga merupakan lelaki yang takut dengan isteri. Namun, saya tidak menafikan yang situasi tersebut memang berlaku dalam realiti.

"Saya terima watak itu kerana saya tidak mahu lakonan yang sama sahaja dan kadangkala saya ingin juga mencuba kelainan," jelas Hans.

Memandangkan Hans juga merupakan seorang pengarah dan produser filem, penulis sempat bertanya sejauh mana filem itu mampu meyakinkan penonton untuk datang menonton di pawagam.

Kata Hans, "Saya yakin filem ini boleh memikat hati penonton untuk datang menonton di pawagam kerana ia mempunyai unsur hiburan serta perempuan cantik dan lelaki hensem. Diharapkan penonton boleh meluangkan masa untuk menonton filem ini nanti," jawab Hans sambil tersenyum.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.8 juta dan menjalani pengambaran sekitar Lembah Klang ini juga menggunakan khidmat jurukamera tersohor di India iaitu Santosh Thundiyil yang pernah terlibat dengan sinematografi filem blockbuster Kuch Kuch Hota Hai dan Krrish.

Penonton akan dapat menyaksikan kerja kamera yang sangat menarik menerusi filem yang diedarkan oleh Metrowealth ini.

TKTK mengisahkan Rudy (Christian) seorang jejaka kacak dan tampan, memiliki segalanya termasuk seorang isteri yang jelita, Wulan (Titi Kamal).

Wulan seorang penyanyi terkenal di Indonesia dan seluruh Asia. Malangnya, di dalam syarat-syarat kontrak Wulan dengan syarikat rakamannya, dia tidak dibenarkan berkahwin.

Untuk menyembunyikan perkahwinan mereka, Rudy dan Wulan berpindah ke Malaysia.

Apabila semua gadis di pejabat barunya terpikat dengan Rudy, dia secara tidak sengaja berkata yang dia sudah beristeri.

Suatu hari, bos Rudy iaitu Remo dan isterinya, Lina menjemput Rudy dan isterinya ke satu majlis keraian. Akhirnya Rudy tidak dapat mengelak dari meghadiri majlis tersebut.

Dengan bantuan rakan sekerjanya Mr. Fix (Azwan Ali), Rudy 'menyewa' seorang penari dan penyanyi yang baru mencari tapak untuk menonjolkan diri iaitu Sarah (Natasha) untuk berlakon sebagai isterinya buat satu malam.

Tidak lama kemudian, Rudy terperangkap dalam jerat penipuan di mana dia terpaksa menyorokkan kebenaran dari semua orang dalam hidupnya. Terjadilah kekeliruan, suasana kelam kabut dan situasi lucu.

Nantikan Tipu Kanan Tipu Kiri di pawagam mulai 16 Oktober ini!

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan