Saya bukan berlagak diva - Diana Danielle

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana akui 'bengang' dengan sikap seorang pelakon baru
Diana akui 'bengang' dengan sikap seorang pelakon baru

TUTUR bicaranya cukup lemah lembut, sesuai dengan wajah ayu si tuan empunya diri.

Lantaran itu, memang sukar membayangkan bagaimana aktres muda ini 'naik angin' seperti yang sedang heboh diperkatakan di internet.

Semuanya gara-gara apabila aksesori miliknya seperti gelang dan rantai telah dicuri oleh seorang pelakon baru di lokasi penggambaran drama lakonan mereka, Farah Syakirah.

Hangat juga kes ini diperkatakan di internet, lebih-lebih lagi ramai yang ingin mengetahui siapa gerangannya pelakon baru yang telah 'buat hal' dengan pemilik bernama Diana Danielle ini.

Masing-masing mula membuat andaian sendiri dan akhirnya nama pelakon muda, Memey Suhaiza yang nampaknya banyak dikaitkan di dalam kes ini, memandangkan dia adalah salah seorang bintang utama drama bersiri itu.

Berpeluang berbicara dengan Diana baru-baru ini, gadis berusia 17 tahun ini mengakui akan kekecohan yang berlaku di set penggambaran drama itu tidak lama dulu.

Namun, dalam nada tegas, Diana menafikan pelakon yang dimaksudkan itu ialah Memey.

"Saya sebenarnya sudah tidak mahu ingat lagi tentang perkara itu kerana ia akan menyakitkan hati saya. Tetapi saya tidak senang bila ada yang mengatakan pelakon itu ialah Memey.

"Memey tidak ada kena-mengena dalam hal ini. Kami cukup baik ketika di lokasi. Biarlah saya rahsiakan siapa pelakon sebenarnya yang dimaksudkan itu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya agak kecewa dengan sikap dia (pelakon tersebut).

"Mungkin ada krew yang merasakan saya berlagak diva bila mengamuk di lokasi ketika itu. Bukan saya sengaja untuk naik angin, tetapi dia cukup melampau. Saya bukan suka-suka menuduh orang, tetapi ada bukti beberapa barang saya itu dijumpai dalam begnya.

"Tetapi dia tidak mengaku. Apa yang saya kesalkan, saya tahu dia banyak bercakap perkara yang buruk di belakang saya beberapa hari sebelum terjadinya kes itu. Tetapi tak mengapalah... saya harap itu adalah kali terakhir saya berlakon dengannya.

"Saya memang serik. Alhamdulillah, ramai krew yang tahu perkara sebenar walaupun ada juga yang berfikir sebaliknya. Ada yang kata saya sebenarnya yang nak menganiayainya.

"Tetapi, saya anggap ini sebagai satu pengajaran supaya saya lebih berhati-hati kelak," ujar Diana.

Kata kekasih kepada anak teruna Datuk Yusof Haslam, Shamsul ini, apa yang lebih penting buat dirinya ketika ini ialah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan untuk menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) lebih kurang dua bulan lagi.

Malah, kata Diana lagi, dia juga sudah 'berhenti' seketika daripada sebarang aktiviti lakonan sejak dua bulan yang lalu bagi memberikan perhatian terhadap pelajarannya terlebih dahulu.

"Selepas SPM nanti, saya akan kembali aktif dalam bidang lakonan. Malah, saya sudah pun mendapat beberapa tawaran drama dan filem oleh KRU dan Kabir Bhatia yang akan memulakan penggambaran selepas saya habis SPM nanti.

"Tetapi, sayang juga sebab buat masa ini banyak tawaran yang terpaksa saya tolak. Kalau ikutkan hati, memanglah rugi, tetapi saya kena fikir juga apa yang terbaik untuk diri saya bagi jangkamasa panjang," kata Diana yang sedang menantikan tayangan tiga buah filemnya iaitu Malaikat Maut, Stamp dan Bohsia.

Mengulas lanjut tentang perancangan karier seninya kelak, kata Diana, dia akui banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya meskipun dirinya agak 'laris' menjadi rebutan produser.

"Saya akui cukup gembira dengan perjalanan seni saya ketika ini, tetapi saya sedar masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Saya ingin belajar lebih lagi dari segi watak.

"Lihat saja watak-watak yang saya bawakan dalam drama-drama... semuanya lebih kepada watak dewasa. Teringin sangat untuk bawa lebih watak remaja jika berpeluang.

"Tetapi saya tidak nafikan adakalanya saya sebenarnya agak takut juga memikirkan nasib saya di dalam industri ini kelak, maklumlah sekarang ini muka-muka baru cukup ramai.

"Sebab itulah selepas tamat SPM nanti, saya ingin bekerja keras semula dan rebut peluang yang diberikan," kata pelakon yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan Janji Diana ini.

Ditanya tentang persiapan menjelang raya yang tinggal beberapa hari saja lagi, tutur Diana, segala persediaan telah pun dibuat oleh ibunya, Norsiah Ramli.

Syawal kali ini juga cukup bermakna buat Diana yang bakal menyambutnya dengan 'orang baru' di dalam keluarganya.

"Saya dan Mama telah mengambil anak angkat lelaki, Halley Hairil beberapa bulan lalu. Dia kini berusia lima bulan. Selama ini hanya saya dan Mama saja menjalani hidup sama-sama, jadi dengan kehadiran Halley ini dapat juga menambahkan kebahagiaan kami berdua.

"Memang bila Mama bercadang untuk ambil anak angkat, saya cukup gembira kerana dapat juga saya rasa menjadi seorang kakak," kata Diana yang merupakan anak tunggal di dalam keluarganya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan