Sazzy Falak bijak atur strategi

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sazzy seronok melibatkan diri dalam bengkel anjuran syarikatnya Sinclair Falak Production.
Sazzy seronok melibatkan diri dalam bengkel anjuran syarikatnya Sinclair Falak Production.

KERJAYA Sazzy Falak kini tidak tertumpu kepada pengacaraan dan lakonan sahaja kerana dia semakin seronok melaksanakan bengkel pengarahan, penulisan skrip dan sebagainya melalui syarikatnya bersama pelakon Ashraf Sinclair iaitu Sinclair Falak Production.

Syarikatnya yang beroperasi sejak setahun lalu mula menganjurkan bengkel tersebut mulai pertengahan bulan ini.

Menurut Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Falak, bengkel tersebut bukan sahaja tertumpu di Malaysia, malah mereka turut melebarkan sayap ke Jakarta, Indonesia.

"Selepas ini, kami akan mengadakan bengkel di Jakarta Oktober depan iaitu selepas Raya.

Bengkel ini memberi pendedahan tentang kemahiran mengarah dan menulis skrip.

Bukan itu sahaja, kita juga menggunakan khidmat model dan pelakon Aleeza Kassim untuk mengadakan bengkel peragaan.

"I'm good behind strategies. Saya akan berkongsi tentang apa yang saya perolehi dalam hidup ini.

"Di antara saya dan Ashraf, kami saling membahagi-bahagikan kerja di mana saya menguruskan bisnes di sini sementara dia akan menguruskan bengkel di Jakarta," beritahu wanita berusia 28 tahun ini.

Isteri kepada pelakon dan model Nazril Idrus ini juga semakin seronok melakukan bengkel tersebut lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak.

Pada Jun lalu, Sazzy bersama Ashraf dan Aishah Sinclair terlibat dalam bengkel How You Can Build An Acting Career bersama kanak-kanak di Mutiara Damansara.

"Saya suka dengan keletah kanak-kanak yang sangat bijak. Semasa bengkel tersebut, saya cuba berkongsi dengan mereka tentang apa yang saya pelajari sejak kecil iaitu disiplin, sosial dan sebagainya. Suami saya juga turut terlibat kerana dia berpengalaman sebagai pelatih motivasi," ujar Sazzy yang popular melalui siri Goda di 8TV sekarang.

Selain Goda, Sazzy juga terlibat dengan drama Doa Kamalia, siri Kerana Karina 1 dan 2, Apa Ada Dengan Cinta, filem Jin Notti dan Tipu Kanan Tipu Kiri.

"Selepas ini, Goda musim kedua dan Kerana Karina musim ketiga akan muncul.

"Bagaimanapun, saya rasa masih baru dan nak mencuba berlakon lagi jika diberi peluang," tutur Sazzy.

Bagi karier pengacaraan pula, buat masa ini Sazzy berkata dia hanya menumpukan kepada program Ria Sentral.

"Setakat ini, saya fokuskan kepada Ria Sentral sehingga Februari tahun depan.

"Saya memang mempunyai keinginan untuk membuat program lain pada masa akan datang jika ada tawaran," cerita Sazzy yang selesa bekerja di bawah 'payung' Astro.

Kata Sazzy, dia mula berkhidmat dengan Astro sejak 2004.

"They treated me well," luahnya.

Namun, kadangkala orang seringkali keliru sama ada dia sebenarnya bernaung di bawah Astro atau 8TV disebabkan wajah Sazzy kerap kali muncul di 8TV juga. Jawab Sazzy sambil tersenyum, "It's fun!"

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan