Juliana Ibrahim bukan sengaja kahwin 'rahsia'

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juliana bukan jenis suka menghebahkan perihal dirinya kepada umum.
Juliana bukan jenis suka menghebahkan perihal dirinya kepada umum.

TIDAK semua selebriti atau artis yang gemar menggembar-gemburkan perkahwinan mereka. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim, 27 yang telah melangsungkan perkahwinannya Jun lalu tanpa pengetahuan banyak pihak termasuk media.

Namun, wanita kecil molek ini bukanlah sengaja untuk tidak menghebahkan berita gembira itu kepada umum.

Kata Juliana, yang lebih mesra dengan panggilan Ju, dia sebolehnya ingin menguar-uarkan kepada khalayak, tetapi disebabkan faktor tertentu, dia tidak dapat berbuat demikian.

"Saya bukanlah jenis suka memberitahu kepada semua orang termasuk media sebab saya memang jenis macam ni sejak dulu lagi.

"Tetapi kalau ada orang tanya saya tentang hal itu, saya akan menjawabnya. Lagipun, apabila ada orang tanya sama ada wartawan atau kawan-kawan saya, saya tidak pernah menafikan yang saya sudah berkahwin.

"Sebelum ini, saya hanya memberitahu kepada kawan-kawan terdekat dan sesiapa yang bekerja dengan saya. Saya mengaku yang saya memang tidak memberitahu media sebab tiada orang yang bertanyakan dengan saya," ulas Ju yang berada di Holland ketika dihubungi.

Menurut Ju, semasa majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 7 Julai lalu, ntv7 ada melakukan liputan setelah mereka mengetahuinya daripada pereka pakaian pengantin dan jurusolek Shegar.

Nikah di London

Bulan Jun lalu, bertempat di Malaysian Hall, London, Ju selamat diijabkabulkan dengan Pelle Aardewerk, 34.

Tanpa memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka, kata Ju, dia sebolehnya tidak merancang untuk berkongsi tarikh keramat itu dan biarlah mereka berdua termasuk orang yang rapat dengan mereka sahaja yang tahu.

"Kami nikah di sana sebab suami saya dan keluarganya tinggal di London. Suami saya juga memeluk Islam di sana.

"Pada tahun depan kami akan menetap di Kuala Lumpur terus kerana suami saya bekerja di sana.

"Cuma buat masa ini dia masih kerja secara kontrak. Jadi, saya akan ikut dia ke mana-mana jika tidak mempunyai kerja di Malaysia," ujar isteri kepada Pengurus Audit Teknologi Maklumat (IT) Shell ini.

Menyelami pilihan hati Ju yang ditemuinya di Jakarta, Indonesia sejak setahun setengah lalu ini, Ju berkata, sikap memahami dan penyayang Pelle telah berjaya memikat hati Ju untuk bergelar isterinya.

"Pelle memahami diri saya, terima saya dan tidak mencurigai saya. Dia juga seorang yang sangat penyayang, mengambil berat dan prihatin dengan hidup dan karier saya," luah Ju yang sentiasa ceria saat bercerita tentang perkahwinannya.

Gambar seksi bersama suami tersebar di internet

Memang setiap orang pasti seronok apabila berkongsi peristiwa yang menggembirakan mereka seperti Ju.

"Saya berasa sungguh gembira dan tidak dapat membayangkan macam mana gembiranya saya. Kami berdua gembira kerana dijodohkan bersama.

"Apa yang saya cari sudah dapat..," kata Ju walaupun dalam masa yang sama mendapat kejutan apabila gambar percutiannya bersama suami telah tersebar di internet.

Ju akui yang kesilapannya meletakkan gambar tersebut di dalam tempat privasi di laman Friendster menyebabkan ada pihak mencuri gambar tersebut dan menyebarkannya.

"Saya terkejut apabila gambar saya berpakaian seksi bersama suami yang diambil sendiri telah tersebar tanpa pengetahuan saya. Waktu tu kami sedang bercuti selepas berkahwin.

"Saya letak dalam tempat private di dalam Friendster. Tak tahulah macam mana ada orang boleh membuka dan melihatnya.

"Tak mengapa, saya tak salahkan orang tu. Mungkin saya yang buat salah. Pada pandangan kasar, saya rasa tak seksi pakai macam tu.

"Lagipun saya bersama suami. Kalau bukan dengan suami, saya mesti rasa tak sedap hati dan saya mengaku yang gambar itu memang gambar kami," jelas Ju yang akan menyambut Aidilfitri di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

Bertanya tentang persiapan Raya Ju bersama suami, Ju menjawab mereka hanya melakukan persiapan yang biasa sahaja lagipun suaminya bukanlah baru pertama kali menyambut Aidilfitri.

"Sebelum ini, suami saya pernah menyambut perayaan ini bersama keluarga angkatnya di Bandung, Indonesia.

"Cuma kali ini lebih istimewa kerana kami menyambut Raya sebagai pasangan suami isteri," ulas Ju yang juga masih akan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni kerana minat.

Selain meminati dunia seni, Ju juga gemar memasak lebih-lebih lagi apabila suaminya gemarkan masakan Melayu.

"Suami saya suka makan Nasi Lemak dan Tomyam. Saya tidaklah terlalu pandai memasak tetapi tiada masalah untuk menyediakan menu kegemarannya mengikut stail masakan ibu," tutur Ju yang sudah belajar memasak sejak kecil lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan