Ayu tidak tercalar dengan tanggapan negatif ramai

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ayu kini sibuk menyiapkan album sulungnya
Ayu kini sibuk menyiapkan album sulungnya

REMAJA berusia 19 tahun ini sememangnya mempunyai 'aura' tersendiri. Jika tidak, masakan dirinya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dinobatkan sebagai juara program One In A Million (OIAM) musim kedua akhir Februari lalu.

Meskipun ramai yang berpendapat gadis bernama Norayu Damit atau lebih mesra disapa Ayu ini terpaksa bersandarkan kepada bakat saja, itu semua tidak pernah membuatkan dirinya 'tersinggung' dengan kata-kata tersebut.

Akui dirinya lebih 'bertuah' dari segi bakat nyanyian berbanding paras rupa, Ayu berjaya membuktikan bahawa dirinya juga mampu mengecapi kejayaan sama seperti insan lain.

Gelaran juara OIAM menjadi milik Ayu jua akhirnya.

Kemenangan yang membuka mata banyak pihak akan bakat gadis berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.

Bersandarkan kepada single Hanya Di Mercu, Ayu mula mengukir nama di dalam bidang seni ini perlahan-lahan.

Namun, tidak sampai beberapa bulan memegang rapi gelaran tersebut, pelbagai perkara kurang enak tentang Ayu mula didengari. Dikatakan sombong, besar kepala dan beberapa lagi sikap negatif, nama Ayu mula dilihat 'terjejas' teruk.

Meskipun satu demi satu kenyataan dibuat oleh bintang baru ini, Ayu masih lagi dihambat oleh cerita-cerita 'panas' itu.

Malah, gadis ini juga dikatakan cukup boros dan tidak bijak menguruskan sebahagian daripada wang RM1 yang dimenanginya di OIAM.

"Bila berada dalam industri ini, saya sedar bahawa tidak semua orang akan suka kita. Apa yang boleh saya katakan, semua yang berlaku pada saya ini saya anggap sebagai satu cabaran dan saya kena kuat untuk hadapinya.

"Saya dah banyak kali membuat penjelasan tentang perkara-perkara tersebut. Jadi terpulang kepada penilaian orang sendiri.

"Sama seperti isu wang kemenangan yang saya perolehi itu, ramai yang asyik tanya ke mana wang tersebut digunakan.

"Selain untuk pembikinan album sulung saya, sebahagiannya masih lagi ada. Saya tidak seboros yang diuar-uarkan. Saya gunakan untuk membeli keperluan-keperluan tertentu.

"Memang sedih bila cerita seperti ini keluar. Tetapi selalunya bila timbul kisah seperti ini, saya akan terus jelaskan kepada keluarga terlebih dahulu. Alhamdulillah, mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya," ujar Ayu yang ditemui baru-baru ini.

Meskipun begitu, bagi anak sulung daripada lima beradik ini, dia lebih senang untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal-hal tersebut. Tutur Ayu, buat masa ini dia hanya ingin memberikan tumpuan yang penuh terhadap pembikinan albumnya.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, kata Ayu, masanya lebih banyak dihabiskan di studio untuk merakamkan lagu.

"Beberapa buah lagu sudah pun dirakamkan. Antara komposer yang menyumbangkan karya mereka ialah Aubrey Suwito dan Ajai.

"Jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan album ini akan dipasarkan akhir bulan hadapan.

"Tapi itu semua hanya perancangan, tetapi saya secara peribadi memang tidak sabar untuk nantikan album sulung saya ini," kata Ayu yang bernaung di bawah label Monkey Bone.

Bercerita tentang persiapan sempena kehadiran Syawal yang bakal menjengah lebih kurang seminggu saja lagi, kata Ayu, dia sudah pun membeli kelengkapan raya termasuklah pakaian raya untuk adik-beradiknya.

"Persiapan untuk keluarga dan diri sendiri sudah pun saya lakukan awal-awal lagi. Insya-Allah, saya akan bercuti selama seminggu lebih untuk bersama-sama keluarga beraya di Sabah nanti," kata Ayu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan