Senario tidak sesuai komedi 'serius' - Idham

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(dari kiri) David Teo, Wahid, Azlee, Mazlan dan Ahmad Idham
(dari kiri) David Teo, Wahid, Azlee, Mazlan dan Ahmad Idham

MUNGKIN ramai yang beranggapan zaman kegemilangan kumpulan lawak, Senario ini sudah berakhir. Namun, tanggapan tersebut tidak langsung menggugat pengarah tersohor Ahmad Idham untuk menghasilkan filem Senario The Movie Episod 1, yang sekaligus merupakan filem ketujuh kumpulan yang dianggotai oleh Mazlan, Azlee dan Wahid ini.

Menurut Idham, setelah mengkaji sendiri rating siri sitkom Senario yang ditayangkan di TV3 yang masih menerima sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penonton, Idham yakin percaturan 'orang kuat' Metrowealth, David Teo untuk menghasilkan filem ini pasti tidak sia-sia.

"Ramai yang tanya saya dulu mengapa saya ambil 'job' ni. Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana bagi saya, jika kita asyik nak ikut arus saja, tak adalah kelainannya.

"Dua pengarah yang pernah mengarahkan filem Senario sebelum ini iaitu Aziz M.Osman dan Mamat Khalid, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Untuk filem kali ini, saya buatkan kelainan dengan memaparkan kisah hidup anggota Senario sebelum mereka menjadi pelawak.

"Apa yang dipaparkan dalam filem ini rata-ratanya adalah kisah sebenar mereka, terutamanya pekerjaan lama mereka. Saya hanya 'create' babak-babak ketika mereka datang ke Kuala Lumpur," ujar Idham yang ditemui pada prebiu filem tersebut, baru-baru ini.

Selain tiga anggota Senario itu, turut membuat kemunculan istimewa di dalam filem yang akan mula ditayangkan di pawagam pada Hari Raya pertama nanti antara lain ialah Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Shamsul Ghau Ghau, Eizlan Yusoff dan Zaibo.

Mengulas lanjut tentang filem itu, kata Idham, dia lebih mengenengahkannya kepada konsep sitkom yang dianggapnya lebih sesuai untuk ketiga-tiga anggota kumpulan tersebut.

"Saya tidak mahu 'mematangkan' Senario. Dan saya tidak rasa penonton ingin melihat komedi Senario yang 'serius'. Sejak dulu lagi, kita semua sedia maklum lawak Senario macam mana...jadi saya tidak akan ubah 'style' mereka.

"Saya sedar, peminat mereka yang dulu mungkin sudah tidak boleh 'ikut' dengan komedi Senario ini, tetapi saya tidak rasa itu satu masalah besar buat diri saya. Saya ingin tarik fan base yang baru.

"Apa yang saya tonjolkan di dalam filem ini adalah sebuah komedi yang saya anggap cukup sinonim dengan Senario. Saya tidak menghadapi kesukaran dengan filem ini kerana bagi saya, asalkan di dalam babak saya itu mengandungi elemen komedi, saya akan puas hati," kata Idham.

Menurutnya, ketika ini dia sedang di dalam proses menyiapkan pula skrip filem kedua Senario yang mungkin akan menggunakan judul 'Jangan Pandang Belakang Congkak' yang akan menampilkan genre komedi seram.

"Jika ikutkan, saya ingin lihat dulu respon penonton terhadap Senario The Movie Episod 1 ini sebelum mulakan penggambaran untuk filem kedua mereka. Tetapi, tengoklah macam mana...mungkin kita akan mulakan awal.

"Apapun, untuk perkara itu, saya akan serahkan kepada David Teo untuk buat keputusan," kata Idham.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Senario, Azlee berkata, dia cukup berpuas hati dengan penghasilan filem ini kerana mereka juga turut diberi peluang untuk memberikan idea.

"Idham, Aziz dan Mamat mempunyai cara tersendiri. Seperti Idham, dia banyak minta kami untuk berikan sebarang idea sendiri. Tetapi, cara kerja mereka bertiga memang tidak jauh bezanya.

"Sama ada filem ini boleh mendapat sambutan atau tidak, itu terserahlah kepada penonton. Apa yang boleh saya katakan, enam buah filem Senario yang pernah ditayangkan dulu tidak ada lagi yang menggagalkan produser, cuma saya akui kutipannya agak berkurangan.

"Tetapi, ia masih melebihi RM1 juta. Sudah tentu kami mengharapkan perkara yang sama berlaku pada filem kali ini," kata Azlee.

Senario The Movie Episod 1 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia termasuklah Singapura dan Brunei pada Hari Raya pertama nanti

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan