Nadia mula susun perancangan karier seni

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadia ingin tubuhkan kumpulan penari tidak lama lagi
Nadia ingin tubuhkan kumpulan penari tidak lama lagi

GAGAL bergelar juara bukanlah bermaksud penamat terhadap cita-citanya untuk bergelar penyanyi.

Bagi si genit bernama Nadia Haswani Hasnan atau lebih mesra disapa Nadia ini, program realiti Akademi Fantasia (AF) sememangnya memberikan satu platform mudah untuk dirinya melangkah ke dalam industri hiburan.

Terpulang kepada dirinya sendiri selepas itu untuk mencorakkan hala tuju karier seninya yang baru saja bermula setelah musim keenam AF tamat tidak lama dulu.

Tidak pernah dirinya mencemburui tuah juara AF6, Stacy yang dilihat semakin rancak mengukir nama dalam bidang ini.

Gadis berusia 18 tahun ini sentiasa percaya bahawa cita-cita yang diselit dengan usaha yang kuat pastinya akan membuahkan hasil juga.

Mungkin dirinya perlu mengambil masa yang lama, tetapi bagi Nadia itu semua tidak langsung melemahkan semangatnya untuk terus berusaha.

"Bukan mudah untuk melangkah dalam bidang ini. Saya sangat bersyukur kerana ada peluang untuk diri saya tunjukkan bakat sebenar.

"Mungkin saya masih lagi 'muda' dalam industri ini, tetapi setakat ini saya dapat lihat dan rasai sendiri betapa sukarnya untuk terus bertahan dalam bidang yang penuh mencabar ini.

"Untuk terus kekal dalam industri ini, memang artis perlu meletakkan usaha yang tinggi. Macam saya sendiri, saya banyak bertanya pada senior-senior AF tentang hal-hal tertentu berkenaan karier," ujar Nadia.

Katanya lagi, dia bersyukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menerima banyak undangan show, tatkala banyak pihak sibuk memperkatakan tentang nasib artis-artis AF yang semakin ramai.

Malah, sempena kehadiran Syawal lebih kurang seminggu saja lagi, Nadia juga sibuk menjayakan program-program raya selain membantu keluarganya berniaga popiah di bazar Ramadan di Setiawangsa.

"Tak sabar sebenarnya nak tunggu Hari Raya... nak lihat sendiri program-program raya yang saya terlibat buat pertama kalinya. Memang rasa 'lain' sikit raya kali ini, maklumlah kali pertama beraya sebagai seorang artis.

"Bukan itu saja, tahun ini juga saya akan mula bagi duit raya kepada kanak-kanak dengan pendapatan saya sendiri," tutur Nadia, ceria.

Bercerita tentang perancangannya selepas Aidilfitri nanti, kata Nadia, dia akan mula menyusun karier seninya dan akan turut memasuki kelas vokal bagi memantapkan lagi mutu nyanyiannya.

"Banyak sebenarnya yang saya rancang. Tapi, saya tidak mahu terlalu terburu-buru. Insya-Allah, saya akan mula cari kelas vokal tidak lama lagi. Maestro memang ada menyediakan kelas vokal, tetapi saya tetap akan masuk kelas vokal yang lain juga. Tidak salah kutip ilmu lebih.

"Selain itu, saya juga sedang dalam perancangan untuk tubuhkan kumpulan penari sendiri. Jadi, bila ada sebarang show kelak, senanglah saya boleh bawa penari sendiri.

"Ketika ini, saya banyak belajar menari dengan Cikgu Linda Jasmine. Mungkin selepas ini saya akan teruskan perancangan saya untuk tubuhkan kumpulan penari sendiri," kata Nadia.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan