Aidilfitri Ria Sentral tetap meriah, walaupun kurang penyertaan artis

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MESKIPUN ramai artis popular tidak berjaya menghadirkan diri ke rakaman Aidilfitri Ria Sentral,namun rakaman tersebut tetap berjalan dengan meriah.

Apa yang penting,produser zul Akmarwati Mat Rawi berpuas hati kerana matlamat mereka untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Bakti, Ampang tercapai.

"Alhamdulillah,seramai 20 orang artis yang menjayakan program ini walaupun pada hakikatnya ramai yang tidak dapat hadir.

"Tidak mengapa,kerana keutamaan kami lebih kepada anak-anak yatim kerana rakaman ini merupakan salah satu segmen beraya bersama anak yatim," kata Akmar ketika rakaman program serta majlis berbuka puasa di Grand Millenium, Bukit Bintang baru-baru ini.

Antara selebriti yang menjayakan majlis tersebut adalah alumni Akademi Fantasia seperti Aizat, Nadia, Stacy, Nubhan, pelakon Intan Ladyana, Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Afdlin Shauki, penyanyi Farah Ashikin, Imran Ajmain, Sofaz, Fabulous Cat, Saujana dan ramai lagi.

Menurut Akmar, program raya tersebut dibahagikan kepada dua episod.

"Episod yang pertama disiarkan pada 2 Oktober atau Hari Raya Kedua. Episod tersebut telah dirakamkan di Rebah Island Resort, Langkawi yang menampilkan penyanyi Adam, Dafi, Mila, pelakon Diana Danielle, serta dua pelakon filem Kami The Movie iaitu Ezani dan Julia Evans.

"Manakala rakaman di hotel ini akan disiarkan pada 9 Oktober," jelas produser yang berpengalaman menerbit rancangan Muzik@Ria, Anugerah Era, AC Di sini selama dua musim dan lain-lain lagi.

Ubah konsep selepas raya

Terlanjur bertanya tentang program yang sudah bersiaran sebanyak 32 episod ini, Akmar berkata program ini lebih diminati oleh penonton urban.

"Insya Allah,lepas raya akan datang kami akan mengubah penampilan dan konsep program ini agar ia dapat menarik perhatian masyarakat di kampung.

"Kita akan cuba tone down pakaian dan cara pengacara sazzy Falak dan Yasmin Hani berkomunikasi.

"Kami juga akan gunakan teknik slow cut berbanding teknik fast cut sebelum ini," cerita Akmar mengenai program yang diterbitkan sebanyak 52 episod sehingga tahun depan.

Program Ria Sentral ini merupakan gabungan tiga program Astro Ria iaitu Wayang Kita, Beat TV dan Muzik@Ria. Ia memulakan siaran pada 14 Februari tahun ini di saluran 104 Astro Ria pada setiap Khamis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan