suria

Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah

Antara aksi yang dikongsikan oleh lelaki itu.

PERINTAH berkurung di beberapa negara bagi mengekang penularan Covid-19 memaksa orang ramai tidak meninggalkan kediaman mereka.

Dalam tempoh itu, banyak aksi kreatif ditayangkan dalam usaha menghilangkan kebosanan yang melanda.

Di Sepanyol misalnya, seorang pembikin filem berasal dari Jerman membuat video bermain ski di dalam rumah.

Kata Philipp Klein Herrero, 28, video menggunakan teknik stop-motion itu menerima hampir setengah juta tontonan setelah ia dikongsi.

Dia menggunakan teknik stop-motion dalam penghasilan video itu.

"Perintah berkurung menyebabkan rancangan dengan keluarga terpaksa ditunda.

"Jadi saya terfikir bagaimana mahu bermain ski tanpa meninggalkan rumah?

"Saya alihkan perabut, letak kamera dan pakai pakaian bermain ski. Kemudian saya ambil masa empat jam untuk sunting," katanya.

Bukan sekadar bermain ski, dia mahu video itu membawa mesej bermanfaat untuk orang ramai.

Ujarnya, apa yang penting penonton boleh tersenyum melihat video miliknya biarpun dunia sedang berduka dengan Covid-19. - Bored Panda.

ski, perintah berkurung, stop-motion

Artikel Lain