suria

Risau dijangkiti Covid-19, lelaki tembak isteri sebelum bunuh diri... ujian ke atas mayat sahkan mereka negatif

Ujian ke atas kedua-dua mayat bagaimanapun mendapati mereka negatif Covid-19.

SEORANG lelaki bukan sahaja menembak mati isterinya, malah turut membunuh diri kerana risau dijangkti Covid-19.

Menurut polis, Patrick Jesernik, 54, dari Lockport Township di Illinois, Amerika Syarikat (AS) ditemui mati bersama isterinya, Cheryl Schriefer yang berusia 59 tahun.

Insiden itu berlaku pada Selasa malam, ujar pihak berkuasa.

Ujian ke atas kedua-dua mayat bagaimanapun mendapati mereka negatif Covid-19.

Sebelum itu, Schriefer mengesyaki dirinya terkena jangkitan itu gara-gara mengalami kesukaran bernafas.

Ujar ahli keluarga, Jesernik percaya dia dan isterinya sudah dijangkiti Covid-19. - Daily Star.

Covid-19, bunuh diri, tembak

Artikel Lain