suria

Data dedah pesakit 55 tahun mungkin mangsa pertama Covid-19 pada November 2019

Seorang lelaki diperiksa suhu badan di Wuhan, China, lokasi bermulanya wabak Covid-19. Foto AFP

PEGAWAI China mengesahkan mangsa Covid-19 mungkin dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu, akhir tahun lalu.

Perkara itu didedahkan menerusi data rasmi kerajaan negara itu.

Menurut laporan yang dilihat oleh South China Morning Post, pesakit pertama yang menderita akibat Covid-19 direkodkan pada 17 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus mungkin bermula dari sebuah makmal rahsia di Wuhan, jurnal dedah saintis pernah diserang kelawar

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh, antara doktor pertama sebar tentang penularan koronavirus di Wuhan hilang!

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Seorang lagi doktor di Hospital Wuhan meninggal dunia

Sekurang-kurangnya 266 orang dijangkiti virus itu, dikesan oleh doktor pada 2019.

Ia merupakan waktu yang sama apabila seorang doktor membocorkan maklumat di Wuhan, China menyuarakan kebimbangannya.

Saintis cuba memetakan corak penghantaran jangkitan Covid-19 sebelum wabak itu menjadi pandemik.

Seorang penduduk memakai peralatan perlindungan di wilayah Hubei, Wuhan. Foto Reuters

Menurut data kerajaan, seorang lelaki berusia 55 tahun dari wilayah Hubei kemungkinan menjadi individu pertama dijangkiti Covid-19 pada 17 November 2019.

Laporan itu menyatakan bahawa dari tarikh tersebut, satu hingga lima kes baharu dilaporkan setiap hari.

Menjelang 15 Disember, jumlah jangkitan berjumlah 27 orang, kenaikan dua angka pertama dilaporkan pada 17 Disember.

Setakat 20 Disember, jumlah kes disahkan mencecah 60 orang.

Pada 27 Disember, Zhang Jixian yang merupakan seorang doktor memberitahu pihak berkuasa kesihatan China bahawa penyakit itu disebabkan oleh koronavirus baharu.

Pada tarikh itu, lebih 180 orang telah dijangkiti, walaupun doktor mungkin tidak menyedari mengenai status kesemua mereka ketika itu.

Walaupun data kerajaan, yang dilihat oleh South China Morning Post tidak didedahkan kepada umum, mereka memberikan petunjuk mengenai bagaimana penyebaran penyakit itu pada peringkat awal, ia melaporkan dan menunjukkan tentang kelajuan penyebarannya. - Mirror

koronavirus, Covid-19, mangsa, Wuhan

Artikel Lain