suria

Tak hirau Covid-19, ketua polis daerah anjur majlis kahwin terima padah dibuang kerja

Pegawai itu didapati membuat majlis perkahwinan pada 21 Mac lalu.

UMUM mengetahui sebarang aktiviti kemasyarakatan atau perhimpunan beramai-ramai ditegah sama sekali di Indonesia bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun, lain pula ceritanya apabila Ketua Polis Daerah Kembangan, Pesuruhjaya Polis, Fahrul Sudiana menganjurkan majlis perkahwinan pada 21 Mac lalu.

Majlis itu berlangsung dua hari selepas ketetapan Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (Kapolri) diumumkan.

Ketetapan itu bukan sahaja melarang perhimpunan beramai-ramai, malah aktiviti seperti majlis kahwin juga tidak dibenarkan sama-sekali.

Kedegilan itu ternyata membawa padah apabila Fahrul Sudiana dipecat daripada jawatannya.

Kata Pegawai Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, perbuatan itu merupakan satu perlanggaran disiplin.

"Jadi jika seseorang tidak taat, maka siapa pun mesti bersedia dengan semua akibatnya," katanya.

Selepas dikenakan tindakan pemecatan, Fahrul Sudiana kini dipindahkan ke cawanagan polis daerah Metro Jaya sebagai penganalisis.

Dia pada 21 Mac lalu melangsungkan majlis kahwin di sebuah hotel mewah.

Ia kemudiannya menjadi tular selepas foto-foto sekitar majlis dikongsi di internet dan mengundang kecaman ramai kerana berlangsung sewaktu Covid-19 sedang teruk melanda. - CNN Indonesia.

polis, Covid-19, majlis kahwin

Artikel Lain