suria

Covid-19: Keluarga buat parti ala 'drive thru' sambut hari lahir keenam anak perempuan

Stacey bersama suami dan anak perempuannya menunggu di depan rumah mereka.

SEORANG ibu tidak senang duduk apabila ulang tahun keenam yang ditunggu-tunggu anak kesayangannya terpaksa dibatalkan gara-gara wabak Covid-19.

Bagi memastikan anak perempuannya tidak bersedih, Stacey mencari alternatif lain selain turut bertanyakan pendapat jirannya.

Stacey dari Elk Grove di California menjelaskan bahawa ada jirannya mencadangkan supaya dia melakukan parti ala 'drive thru'.

"Dan saya fikir ia mungkin kaedah terbaik," katanya.

Jiran-jiran Stacey ternyata amat sporting apabila memandu kenderaan masing-masing dan berhenti di hadapan rumahnya untuk menyerahkan hadiah kepada anaknya, Brook’Skylie Harvey.

Semua mematuhi perintah penjarakkan sosial untuk membendung penularan wabak Covid-19 di negara itu.

Mereka turut memakai sarung tangan dan topeng muka semasa menyerahkan hadiah tersebut.

Orang ramai yang lalu dihadapan rumah Stacey turut membunyikan hon dan mengucapkan selamat lahir kepada Brook'Skylie.

Stacey mendedahkan anaknya seronok dengan parti luar biasa itu tetapi berharap sambutan lebih meriah pada tahun hadapan.

"Kami mula cari tiket untuk ke bulan," katanya dalam nada berseloroh. - Metro.co.uk

parti, drive thru, hari lahir

Artikel Lain