suria

Scotland bakal sediakan tuala wanita secara percuma

Cadangan ini dibuat bagi mengatasi isu kemiskinan yang menyebabkan tidak membeli tuala wanita. Foto; REUTERS

AHLI Dewan Parlimen Scotland telah bersetuju untuk meletakkan tuala wanita secara percuma di tempat awam seperti pusat komuniti dan farmasi.

Cadangan tersebut diluluskan selepas mendapat undian majoriti daripada ahli parlimen.

Cadangan tersebut diusulkan oleh Monica Lennon yang menghantar draf cadangan pada tahun 2017 dengan anggaran kos tahunan  sebanyak 24.1 juta pound (RM131 juta).

"Kita sedang mengubah budaya negara ini dan seluruh dunia sedang memantau perkara ini.

"Tuala wanita bukanlah barang yang mahal, dan tidak menjadi masalah buat kerajaan memberikannya secara percuma.

"Saya berharap tiada lagi isu tidak mampu membeli tuala wanita dalam kalangan wanita di Scotland," ujar Monica.

Draf tersebut juga mencadangkan pemberian kondom percuma dengan syarat pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mendapatkannya.

Pada tahun 2018, Scotland menjadi negara pertama yang memberikan tuala wanita secara percuma di sekolah, kolej dan universiti. - ABC

Tuala wanita, tampon, scotland, kondom

Artikel Lain