suria

Transgender maut ditembak selepas guna tandas wanita

Neulisa Luciano Ruiz atau Alexa ditembak mati pada awal pagi Isnin. Foto Twitter/Daily Star

SEORANG transgender ditembak mati di Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di sebuah restoran makanan segera.

Neulisa Luciano Ruiz dibunuh pada awal pagi Isnin di Toa Baja di utara negara itu.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan dua lelaki menjerit terhadap seorang individu yang dipercayai sebagai Ruiz.

Polis sedang menyiasat sama ada rakaman tersebut mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

Sejak kematian Ruiz, kisahnya menjadi tular dengan nama lainnya sebagai Alexa.

Seorang aktivis yang berpangkala di Puerto Rico, Pedro Julio Serrano, menggesa pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan itu.

Beliau berkata, Alexa diintip dan diburu sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau turut menyifatkan video tersebut sebagai jenayah kebencian. - Daily Star

Artikel Sebelum

Artikel Lain