suria

Lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isteri

Lelaki warga emas itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

SEORANG lelaki warga emas bermandi darah selepas bergaduh dengan isterinya menggunakan senjata tajam.

Lelaki warga Britain berusia 78 tahun itu dilaporkan bertekak dengan isterinya, 67, yang juga warga Thailand di kediaman mereka di Pattaya, Thailand.

Panik dengan situasi itu, jiran akhirnya menghubungi polis.

Sebaik polis tiba di kediaman pasangan itu, mereka menemui kesan darah di atas katil dan lantai manakala lelaki tersebut cedera di bahagian kepala.

Isterinya pula mengalami kesan kelar di tangannya.

Paramedik merawat pasangan itu sebelum mereka dikejarkan ke hospital berdekatan.

Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya memberitahu polis bahawa mereka bergaduh sebelum suaminya mengacukan pisau ke arahnya.

"Kami menjerit kepada antara satu sama lain tetapi dia hilang sabar dan cuba menikam saya dengan pisau. Saya menggunakan tangan untuk menahan pisau itu.

"Dia berhenti menyerang saya kerana dia juga kesakitan. Kemudian saya bertenang dan menghubungi ambulans," kata wanita itu. - Dailystar.co.uk

gaduh, suami isteri, mandi darah

Artikel Lain