suria

Covid-19: Lelaki Itali warga Eropah pertama maut

Seorang lelaki berusia 78 tahun maut selepas beberapa jam 10 bandar di Itali dikenakan perintah berkurung. Foto Reuters

SEORANG lelaki warga Itali meninggal dunia dijangkiti koronavirus (Covid-19), menjadikannya sebagai warga Eropah pertama maut akibat virus tersebut.

Lelaki yang berusia 78 tahun itu disahkan positif koronavirus beberapa jam selepas 10 bandar di negara itu diarahkan perintah berkurung disebabkan penularan virus itu.

Bekas buruh binaan, Adriano Trevisan merupakan salah seorang daripada dua pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Menurut media La Stampa, pesakit mempunyai tiga anak.

Sehingga kini, seramai 15 orang dikenal pasti dijangkiti virus itu di daerah Lombardy.

Keadaan itu menyebabkan kawasan tersebut dipantau.

Ketua daerah Veneto, Luca Zaia pada awal pagi Jumaat berkata seramai 3,300 penduduk akan diperiksa tahap kesihatan mereka.

Pekerja melakukan kerja-kerja semburan di dalam bangunan. Foto Maxim Slutsky/TASS

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pula memberitahu, keadaan masih terkawal dan menekankan pihak kerajaan sentiasa peka terhadap perkara tersebut.

Dilaporkan sebanyak 10 bandar di Itali menjadi lengang dan didapati banyak kedai tidak beroperasi.

Awal minggu ini, Daily Star mendedahkan beratus-ratus haiwan di China ditemui mati akibat Covid-19.

Sekurang-kurangnya 17 spesies ditemui mati antaranya babi hutan, weasel dan beberapa jenis burung.

Beberapa video tular menunjukkan van-van dipandu di kawasan dilanda virus itu menyembur cecair toksik.

Media di China juga memberitahu bahawa mereka telah mengarahkan seramai 5,300 pegawai hutan untuk memantau keadaan haiwan-haiwan di hutan. - Daily Star

2019-nCov, koronavirus, Itali, China

Artikel Lain