suria

Enggan dijangkiti Covid-19, penumpang pesawat sanggup berselubung dengan plastik

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

PENULARAN virus Covid-19 sememangnya menjadi kebimbangan masyarakt global sejak ia menular pada Disember lalu.

Malah, pelbagai cara sanggup dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Stok topeng muka habis, wanita terpaksa pakai kostum zirafah untuk ke hospital

Di Australia misalnya, tular rakaman melibatkan dua penumpang pesawat yang berselubung dengan plastik dari kepala hingga hujung kaki.

Mereka dikatakan memakai sut badan plastik demi mengelak dijangkiti Covid-19.

"Terkini, di belakang saya dalam pesawat. Bila kamu terlalu takut #coronavirus #Covid19," tulis individu yang berkongsi video itu di Twitter.

Selain terpegun serta menganggap ia satu perbuatan yang aneh, ada pula yang memuji sut plastik itu yang dikatakan sebagai satu fesyen yang menarik.

Macam-macam orang sanggup buat. Sebelum ini pun tular di China wanita yang memakai kostum zirafah kerana enggan dirinya dijangkiti virus itu.

Apa-apapun, amalkan langkah pencegahan sebagaimana yang disarankan oleh pihak kesihatan. - Daily Star.

Covid-19, sut badan plastik, pesawat

Artikel Lain