suria

Gagak ‘nakal’ rosakkan cermin 20 kereta

Gagak yang digelar George itu telah merosakkan cermin kereta para pekerja di sebuah pejabat sejak November lalu. Foto: James Linsell-Clark/ SWNS

PARA pekerja di Braintree, Essex buntu memikirkan cara untuk menghalau seekor gagak 'nakal' yang telah merosakkan cermin kereta mereka yang diparkir di kawasan tempat letak kereta.

Gagak yang digelar George itu dikesan melakukan 'vandalisme' pada cermin kereta mereka yang diparkir di luar Ibu Pejabat Komuniti Greenfields.

Para pekerja terpaksa menutup cermin kereta dengan penutup kain serta selimut untuk mengelakkannya dirosakkan George.

Kejadian itu dilaporkan bermula sejak November tahun lalu.

Salah seorang pekerja, Amanda Bhavani berkata: "Ia telah merosakkan cermin kira-kira 20 buah kereta, walaupun kami cuba menghalaunya, ia akan kembali semula sebaik kita berpaling.

"Kami sedang mencari penyelesaian jangka panjang untuk masalah ini," katanya.

Para pekerja dikatakan telah meletakkan dua patung burung hantu di atas bumbung pejabat sebagai salah satu usaha untuk menghalau George. - Metro.co.uk

gagak, cermin, kereta

Artikel Lain