suria

Hampir 300 batang tulang manusia ‘dibenam’ dalam kolam ditemui polis, ‘pembunuh bersiri’ berjaya dicekup

Polis menemui hampir 300 batang tulang manusia di dalam kawasan kediaman Apichai Ongwisit (gambar kecil). Foto: ViralPress

PIHAK polis percaya mereka sedang menyiasat seorang individu yang merupakan pembunuh bersiri, susulan penemuan hampir 300 tulang manusia di sebuah taman yang terletak di kawasan kediaman suspek.

Pewaris harta pusaka bernama Apichai Ongwisit, 40, dituduh membunuh teman wanitanya, Warinthorn Chaiyachet, 22, dan menyembunyikan mayat mangsa.

Dia ditangkap selepas mayat wanita itu ditemui dibalut dan dikebumikan di rumahnya.

Polis berkata terdapat lebih banyak mangsa yang 'dikebumikan' di taman tersebut.

Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, penyiasat mengarahkan pencarian dilakukan di sebuah kolam berhampiran rumah Ongwisit, dengan penyelam polis menemui sekurang-kurangnya 298 tulang manusia di dalam air pada Jumaat lalu.

Menurut Bangkok Post, Ongwisit mengakui membunuh teman wanitanya - yang digelar 'Kuk-kik' - pada Ogos tahun lepas.

Ketua Polis Jirakrit Jarunpat berkata tulang yang ditemui kini diperiksa oleh pakar forensik di hospital.

Tidak diketahui berapa jumlah sebenar mayat susulan penemuan tulang-tulang berkenaan. - Metro.co.uk

pembunuh bersiri, tulang, kolam, polis

Artikel Lain