suria

Barbie umur 46 tahun sanggup berbelanja besar demi gaya, rancang jalani pembedahan alat sulit

Wanita ini mahu kekal menjadi Barbie sehingga berusia 70 tahun.FOTO: nannettehammond/Instagram.

NANNETTE Hammond terkenal sebagai patung Barbie versi manusia dan merancang lebih banyak pembedahan plastik pada masa akan datang.

Menurut wanita berusia 46 tahun itu, dia sudah membelanjakan £350,000 untuk pembedahan plastik sebelum ini.

Bagi mengekalkan paras rupa remaja, dia mengakui sanggup melakukan apa-apa sahaja.

Untuk tahun 2020, dia mendedahkan mahu menjalani empat atau lima pembedahan termasuklah di bahagian alat sulitnya.

"Setiap tahun saya cuba kekalkan keremajaan. Jadi saya akan bedah alat sulit dan bahagian lain seperti kaki dan punggung," ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

Nannette mempunyai lebih 320,000 pengikut di Instagram dan berazam untuk kelihatan seperti Barbie sehingga berusia 70 tahun. - Daily Star.

Artikel Lain