suria

Lelaki pekak saman laman web lucah kerana siarkan video tanpa sarikata

Pihak Pornhub turut tampil memberi kenyataan berhubung kes saman tersebut.

SEORANG lelaki yang mengalami masalah pendengaran memfailkan saman ke atas laman web lucah popular, Pornhub kerana menyiarkan video tanpa sarikata.

Dakwa lelaki dikenali sebagai Yaroslov Suris itu, polisi laman web berkenaan seolah-olah satu tindakan diskriminasi ke atas golongan kurang upaya sepertinya.

Jumlah wang yang dituntut dalam saman berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam pada itu, Pornhub turut mengesahkan berita berkenaan menerusi kenyataan oleh timbalan presidennya iaitu Corey Price.

"Kami faham dia saman kerana mendakwa Pornhub menghalang hak orang pekak. Kami secara umumnya jarang beri komen mengenai hal ini," ujar Price. - India Times.

pekak, Pornhub, saman

Artikel Lain