suria

Tak senonoh! Pasangan lakukan hubungan seks di dua stesen subway, kini diburu polis

Polis New York kini sedang memburu pasangan tersebut yang bukan hanya melakukan perbuatan memalukan itu di satu stesen, tetapi di dua stesen. Foto: Twitter/New York City Crime Stoppers

TAK SENONOH! Itulah perkataan sesuai yang boleh digambarkan terhadap satu pasangan yang melakukan hubungan seks di stesen keretapi bawah tanah (subway) di New York.

Apa yang lebih mengejutkan, pasangan tersebut bukan hanya melakukan perbuatan memalukan itu di satu stesen, tetapi di dua stesen pada hari yang sama, kata polis.

Pihak berkuasa kini sedang giat memburu pasangan tersebut, yang dilihat turun ke Stesen Grand Central beberapa jam selepas mereka dilihat di Stesen Bowling Green di Queens pada 22 November.

Dalam satu video berdurasi 38 saat, pasangan itu dilihat melakukan hubungan seks di atas sehelai kot manakala si lelaki yang tidak dikenali itu memakai sehelai kot lain dalam percubaan untuk mengkaburi perbuatan mereka.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke Twitter oleh seorang pelayar, Tyler Kroft.

Polis mengatakan bahawa wanita dalam video itu kelihatan melakukan seks oral di bangku  di hadapan penumpang lain.

Jabatan Polis New York kemudian mengedarkan gambar lelaki itu dalam usaha untuk mengesannya, walaupun wajah wanita itu tidak berjaya dirakam kamera.

Polis menganggarkan lelaki tersebut mempunyai berat dalam lingkungan 200 paun (90.7kg) dan memakai kot kelabu dan topi gelap.

Pihak berkuasa dimaklumkan selepas beberapa saksi melaporkan tindakan tidak senonoh pasangan berkenaan. - Metro.co.uk

subway, seks, stesen, tak senonoh

Artikel Lain