suria

Model dilarang sertai Miss World kerana berstatus ibu, mahu ambil tindakan undang-undang

Veronika sedang mengambil tindakan undang-undang di London yang mendakwa pihak penganjur melanggar Akta Kesetaraan 2010 dan mahu mereka mengubah syarat yang disifatkan ketinggalan zaman. Foto: Instagram

SEORANG ratu cantik yang juga model popular di laman Instagram mengkritik pertandingan Miss World gara-gara melarang penyertaannya atas alasan dirinya merupakan seorang ibu.

Veronika Didusenko, 24, dinobatkan sebagai Miss Ukraine pada 2018 tetapi gelaran berkenaan ditarik semula selepas diketahui dia bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun.

Dia juga dilarang daripada memasuki pertandingan peringkat akhir Miss World.

Jawatankuasa penganjur mengatakan bahawa pertandingan Miss Ukraine dan Miss World mesti mempunyai peraturan yang sama kerana pemenang negara terus mewakili negara mereka di pentas antarabangsa.

Veronika sedang mengambil tindakan undang-undang di London yang mendakwa pihak penganjur melanggar Akta Kesetaraan 2010 dan mahu mereka mengubah syarat yang disifatkan ketinggalan zaman.

Penganjur menyatakan bahawa peserta "tidak boleh berkahwin atau melahirkan anak".

Veronika berkata: "Ia benar-benar memalukan ketika saya disingkirkan. Saya tidak percaya mereka akan melakukan perkara seperti ini pada waktu ini." - Dailystar

Artikel Lain