suria

Pelancong terkejut, hotel 5 bintang ditempah rupa-rupanya tak wujud

Mark tiba ke Mesir pada 7 Ogos lalu bersama keluarganya.

PENGINAPAN merupakan salah satu elemen paling penting sewaktu melancong.

Namun, keluarga ini berhadapan detik pilu apabila hotel bertaraf lima bintang yang ditempah di Mesir rupa-rupanya tidak wujud.

Mark Mould, 33, bersama keluarganya tiba di Mesir pada 7 Ogos lalu sebelum melihat timbunan batu-bata sahaja di lokasi hotel itu.

Tidak berpuas hati, mereka bagaimanapun dipindahkan ke sebuah hotel berlainan oleh ejen pelancongan, bersebelahan lokasi itu.

Namun, lebih menyedihkan, hotel itu juga dalam proses untuk dirobohkan.

"Ianya bagaikan bencana, sedih dan memilukan.

"Kami rasa impian percutian mewah dah bertukar jadi mimpi ngeri," kata Mark lagi. - Mirror.

Artikel Lain