suria

Mogul F1 Flavio Briatore ada kekasih baharu, pelajar undang-undang 49 tahun lebih muda

(gambar kiri) Kekasih baharu Flavio Briatore berusia 49 tahun lebih muda daripadanya. Foto Instagram. (gambar kanan) Briatore dikesan menikmati percutian bersama dengan Benedetta Bosi. Foti Mertino/MEGA

MOGUL Formula Satu (F1), Flavio Briatore menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar jurusan undang-undang, yang 49 tahun lagi muda daripadanya.

Ahli perniagaan berusia 69 tahun itu dikesan bersama teman wanita baharunya, Bernadette Bosi.

Kekasihnya berumur 20 tahun, hampir separuh abad lagi muda daripada Flavio dan sedang mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Milan.

Pasangan itu ditemui menikmati percutian bersama di Kenya.

Jutawan warga Itali itu terkenal menjalinkan hubungan bersama wanita lebih muda, termasuk mempunyai anak perempuan bersama supermodel, Heidi Klum.

Walaupun Bernadette bukan selebriti seperti sebelumnya, tetapi dia dinobatkan sebagai Miss Carnival Pietrasantino pada 2017.

Gadis itu dilaporkan mahu melibatkan diri dalam dunia fesyen meskipun mengikuti pengajian dalam undang-undang. - Daily Star



Flavio Briatore, F1, Bernadette Bosi

Artikel Lain