suria

Meghan Markle hamil anak ke-2?

Spekulasi bahawa isteri Putera Harry, Meghan Markle sedang hamil anak ke-dua sedang bertebaran di internet gara-gara sekeping gambar menunjukkan tangannya yang diletakkan di atas perut.

SPEKULASI bahawa isteri Putera Harry, Meghan Markle sedang hamil anak ke-dua sedang bertebaran di internet.

Spekulasi itu muncul gara-gara sekeping gambar yang menunjukkan Duchess of Sussex itu kelihatan meletakkan tangannya di atas perut ketika menghadiri Fesstival of Remembrance di Royal Albert Hall, malam Sabtu.

Festival itu dihadiri semua kerabat Diraja, di mana Meghan dan Harry menjadi tumpuan umum ketika memasuki acara tersebut.

Posting Gary Janneti di Instagram menguatkan lagi spelukasi tersebut. 

Peminat kerabat Diraja ini lebih fokus kepada pergerakan tangan Meghan ketika itu.

Spekulasi itu makin kukuh selepas pelukis meme yang sering membuat parodi pasangan Diraja itu, Gary Janetti berkongsi sekeping gambar Meghan dengan kapsyen : “Saya tahu dia sedang mengandung”

Meghan dan Harry menimang cahaya mata sulung mereka pada Mei lalu.

Bayi lelaki itu diberi nama Putera Archie Harrison Mountbatten-Windsor. - Cosmopolitan

Meghan Markle, Putera Harry, hamil

Artikel Lain