suria

Gara-gara tempat duduk basikal dicuri, warga emas balas dendam jadi pencuri bersiri sampai 159 kali!

Seorang warga emas ditahan kerana didakwa mencuri tempat duduk basikal. Foto odditycentral

SEORANG warga emas dari Ota Ward di Tokyo, Jepun ditahan polis kerana didakwa mencuri tidak kurang daripada 159 tempat duduk basikal.

Tindakan pelik lelaki berusia 61 tahun itu bagi membalas dendam di atas insiden tempat duduk basikalnya dicuri pada tahun lalu.

Awal bulan ini, Akio Hatori ditahan kerana didakwa mencuri tempat duduk basikal pada 29 Ogos lalu.

Rakaman CCTV menunjukkan dia sering menanggalkan tempat duduk basikal dan meletakkannya di dalam bakul basikalnya sebelum beredar.

Nasib malang menimpanya apabila mangsa menghubungi polis dan siasatan dijalankan terhadap kes kecurian yang pelik itu.

Bagaimanapun, satu penemuan yang mengejutkan susulan Hatori ditahan di kediamannya pada minggu lalu.

Pada mulanya mereka menjangkakan hanya satu tempat duduk basikal yang ditemui, sebaliknya mengesan sebanyak 159 tempat duduk basikal.

Hatori kemudian membuat pendedahan mengenai tempat duduk basikalnya dicuri pada musim panas 2018.

Dia kecewa dengan kecurian itu dan mahu orang lain merasai kesakitan yang dialaminya.

Tidak membuat laporan polis berhubung kecurian basikalnya atau sekurang-kurangnya mengenal pasti pencuri basikalnya, Hatori sebaliknya mejadi pencuri tempat duduk basikal bersiri.

"Saya terpaksa membeli tempat duduk basikal yang baharu selepas tempat basikal sebelumnya dicuri pada musim panas 2018," kata Akio Hatori kepada polis.

"Selepas itu saya mula mencuri sebagai tanda balas dendam. Saya mahu orang lain menyedari macam mana rasanya basikal dicuri," katanya. - odditycentral


curi, basikal

Artikel Lain