suria

Sudah jalani 15 prosedur, gadis masih belum puas hati saiz bibir

Andrea masih belum berpuas hati dengan saiz bibirnya ketika ini.

SEORANG wanita dari Bulgaria yang sudah menjalani 15 prosedur untuk memiliki bibir tebal masih belum berpuas hati dengan saiz tersebut.

Andrea Emilova Ivanova menyuntik asid hyaluronik ke bibirnya dalam usaha menjadi pemilik bibir paling tebal di dunia.

Pelajar berusia 22 tahun itu berkata keadaan terbaharunya itu menjadikan dia lebih puas dan memenuhi impian sejak kecilnya.

Dia mengunjungi beberapa klinik estetik di ibu negara untuk mencantikkan bibirnya itu.

Penuntut di Universiti Sofia St. Kliment Ohridski itu turut membayar sekitar 135 pound sterling (RM703) untuk setiap rawatan dijalaninya.

Andrea Emilova Ivanova.

Dia turut berkongsi gambar selfie terbaharunya di Instagram.

Walaupun dia dikecam ramai, Andrea pernah mendapat lamaran lelaki dari Timur Tengah, Argentina dan Australia.

"Saya suka dengan saiz bibir saya sekarang. Saya rasa gembira kerana dengan bibir tebal saya kelihatan lebih cantik.

"Di Bulgaria bibir tebal kini menjadi satu trend," katanya. - Metro.com.my

bibir tebal, klinik estetik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain