suria

Bayi perempuan maut selepas ibu sapu heroin pada gusi

Dadah disapu pada gusi Jordy sehingga dia maut pada Oktober tahun lalu.

SEORANG wanita didakwa membunuh anak perempuannya dengan menggosok dadah di gusi dengan niat untuk menidurkannya.

Kimberly Nelligan, 33, berkata dia menggunakan bahan terlarang itu terhadap anaknya yang berusia setahun sebanyak 15 kali sebelum Jordy meninggal dunia pada Oktober 2018.

Bayi itu ditemui maut di kediamannya di Bangor, Maine dengan Nelligan ditahan sebagai suspek utama kes itu.

Seorang koroner memutuskan bahawa Jordy mempunyai fenilil opioid sintetik di dalam tubuhnya, ubat penahan sakit yang paling kuat.

Laporan mendapati Jordy diberi dadah dengan bahan terlarang itu dipercayai disapu pada gusinya.

Nelligan didakwa membahayakan nyawa anaknya dan turut akan dihadapkan dengan pertuduhan memiliki dadah. - Metro.co.uk

dadah, gusi, bayi, meninggal dunia

Artikel Lain