suria

Bas rempuh gunung akibat brek gagal berfungsi, 6 kanak-kanak antara 25 maut

Foto sekitar lokasi kejadian.

SERAMAI 25 penumpang termasuk enam kanak-kanak meninggal dunia apabila bas dinaiki mereka merempuh sebuah gunung.

Bas tersebut hilang kawalan selepas brek gagal berfungsi.

Menerusi kejadian di Pakistan itu, lebih 20 penumpang lain turut mengalami kecederaan.

Selain kegagalan brek, terdapat laporan yang mendakwa pemandu bas tertidur sehingga mencetuskan kemalangan itu.

Foto sekitar kejadian menunjukkan bahagian depan bas remuk selepas melanggar kaki gunung.

Sewaktu kejadian, bas itu dalam perjalanan ke kota Rawalpindi.

Beberapa minggu sebelum ini, sebuah bas turut mengalami kemalangan di negara itu yang mana ia menyebabkan 24 penumpang maut. - Daily Star.

Artikel Lain