suria

Penduduk panik langit tiba-tiba bertukar merah

Keadaan langit yang bertukar merah pada siang hari di Wilayah Jambi, Indonesia.

FENOMENA langit bertukar merah mengejutkan penduduk di Kampung Pulau Mentaro, Mukim Ilir, Daerah Muaro Jambi, Wilayah Jambi pada pagi Sabtu.

Menurut laporan Kompas.com, perubahan warna langit itu berlaku sekitar pukul 10.42 pagi hingga 2 petang waktu tempatan.

Ketua Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin), Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) iaitu Agus Wibowo Soetarno berkata perubahan itu terjadi kerana pergerakan asap dari titik panas atau hotspot.

"Warna merah tersebut merupakan asap yang bergerak dari titik panas di bahagian selatan Wilayah Riau," kata Agus.

Katanya, titik panas itu berlaku sejak pertengahan Ogos lalu.

Fenomena ini mengejutkan penduduk setempat.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Mardiana berkata dia menyedari perubahan warna langit itu menerusi video yang dihantar sepupunya.

"Saya dapat video dari sepupu saya, Ummu Ria kira-kira pukul 10.42 pagi. Ketika itu langit sudah bertukar warna merah. Azan Zohor sudah mula gelap," katanya.

Seorang pakar astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo menjelaskan fenomena itu bukanlah disebabkan pengaruh api atau suhu tinggi.

"Ini nampaknya fenomena Hamburan Rayleigh. Ia adalah hamburan elastis pada cahaya oleh partikel-partikel mikro/nano di udara yang ukurannya lebih kecil dari panjang gelombang cahaya tampak," ujarnya.

Marufin menjelaskan fenomena itu selalu berlaku. - Kompas.com.

langit merah, titik panas

Artikel Lain