suria

Guru tuisyen rogol pelajar 285 kali, janji kahwin ketika usianya 18 tahun

Seorang guru tuisyen dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol gadis bawah umur yang juga pelajarnya. -Gambar hiasan

SEORANG guru di Taiwan baru-baru ini disabitkan dengan kesalahan merogol pelajar bawah umur sebanyak 285 kali.

Lan (mangsa) mula belajar di kelas tuisyen guru tersebut sejak berusia 11 tahun, lapor WOB memetik ETToday.

Sebelum berumur 14 tahun (tahun 2014), guru berkenaan meluahkan rasa cintanya terhadap gadis itu dan berjanji akan berkahwin dengannya apabila dia berumur 18 tahun.

Pelajar itu bersetuju untuk keluar dating dengan gurunya gara-gara 'termakan' dengan ayat manis yang digunakan.

Bagaimanapun, dia mahu memutuskan hubungan mereka apabila berusia 16 tahun selepas mendapat tahu gurunya itu akan berkahwin dengan wanita lain, lapor China Press.

Untuk mengelak daripada hubungannya dengan gadis bawah umur terbongkar, lelaki terbabit, Fang memberitahu ibu mangsa bahawa pelajarnya telah berkenalan dengan lelaki tidak baik dalam dalam talian dan ia memberi kesan kepada prestasi sekolahnya.

Dia juga memberitahu ibu Lan untuk merampas telefon bimbitnya dan melarangnya daripada melayari internet.

Akibatnya, Lan bukan sahaja menerima hukuman ibunya, tetapi Fang terus menyebarkan berita yang menjejaskan imejnya.

Tidak tahan lagi dengan sikap Fang, akhirnya Lan meminta bantuan daripada ibunya dengan menceritakan perkara sebenar.

Ibunya segera membuat laporan polis selepas diberitahu bahawa guru itu telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya.

Fang cuba menafikan bahawa dia telah memperkosa Lan, menyatakan mereka hanya 'berpegang tangan dan berciuman'.

Mujurlah Lan memberikan bukti kukuh dengan menunjukkan coretan pengalaman seksualnya dengan Fang dalam buku notanya.

Bukan itu sahaja, dia juga dapat mengingati ciri-ciri alat sulit lelaki itu dengan baik dari segi bentuk dan saiz tahi lalat.

Lan juga membuat pemeriksaan di hospital yang membuktikan bahawa dia memang aktif melakukan seks.

Dia memberitahu bahawa mereka melakukan seks hampir setiap hari walaupun ketika itu baru minggu pertama keluar dating.

Selain itu, dia juga mengaku bahawa mereka telah melakukan hubungan seks sebanyak 129 kali (dalam tempoh lapan bulan) sebelum dia berusia 14 tahun, dan 156 kali lagi untuk tujuh bulan berikutnya.

Fang dijatuhi hukuman penjara 9 tahun dan 6 bulan kerana merogol gadis bawah umur. -WOB

bawah umur, rogol, guru, pelajar

Artikel Lain