suria

Bayi baru lahir ditemui mati, ibu suntik dadah jenis heroin

Seorang bayi ditemui mati di sebuah treler yang didiami seorang wanita. Gambar sekadar hiasan

SEORANG bayi yang baru lahir ditemui mati di dalam plastik sampah, selepas disuntik dadah jenis heroin oleh ibunya, lapor media.

Polis New Mexico menerima panggilan daripada seorang lelaki pada 17 Ogos lalu, mendakwa seorang wanita enggan memberitahu di mana bayinya.

Polis yang tiba di kediaman wanita itu di sebuah treler, membawa kepada penemuan yang mengerikan.

The Albuquerque Journal melaporkan bahawa anggota polis menemui mayat di sebelah tandas di dalam rumah treler itu.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa ibu kepada bayi berkenaan menagih dadah semasa hamil.

Malah, wanita tersebut menyuntik bayi itu dengan dadah jenis heroin.

Polis menunggu keputusan bedah siasat sebelum membuat sebarang pendakwaan. - Mirror UK

bayi, dadah, heroin

Artikel Lain