suria

Budak 8 tahun parah diserang singa sewaktu bermain di belakang rumah

Kejadian berlaku di Denver, Colorado pada Rabu lalu. FOTO: Getty.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang kanak-kanak yang cedera parah akibat diserang seekor singa.

Mangsa yang berusia lapan tahun sedang bermain di belakang rumahnya sebelum diserang haiwan pemangsa itu.

Ia menyebabkan kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian berlaku di Denver, Colorado, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Singa gunung itu kemudiannya melepaskan kanak-kanak itu selepas dihampiri bapa mangsa yang menyedari kejadian berkenaan.

"Bapanya berlari ke bahagian lur rumah dan melihat singa berada atas badan anaknya.

"Singa itu melepaskan mangsa selepas dihampiri bapanya. Kita boleh sahkan bahawa ia satu kejadian serangan.

"Pihak berkuasa sedang memburu singa berkenaan," ujar jurucakap pasukan keselamatan. - Daily Star.

Singa, serangan haiwan, Colorado

Artikel Lain